Resepi:Rainbow Cookie @ Lidah Kucing

 

Bersua lagi kita hari ini.. semoga semuanya sihat-sihat dan sentiasa dalam rahmat Nya.
Hari ini Zie nak kongsikan satu resepi yang zie rasakan dah meletup-letup dari tahun lepas lagi.. dan dijangkan pasti lebih bom lagi tahun ini.

Biskut yang sangat kruncy ni sangat mudah cara membuatnya tapi memerlukan tray yg banyak . tapi harganya cukup mahal..warna yg menarik tu yg buat irfan membodek ibu membuatnya.Ha cantik kan...warna warni, sebenarnya biskut ni popular di Indonesia dan Singapore.Sekarang dah mula popular di Malaysia. bertambah-tambah lagi harga barangan baking  dah melambung-lambung naiknya. Semasa zie membeli acuan sebelom puasa RM 19.50 . Pergilah tengok sendiri  berapa harga biskut raya yg di jual di luar sana..

Rainbow Cookie
                                     
Bahan :-
Marjerin                      250g
Putih telur                   3 biji
Gula kastor                 175 g
Tepung gandum           200g
Emplex                       1/4 tsp
Tepung jagung             50 g
Perwarna (Ungu,Biru,Hijau,Kuning, Oren dan Merah)

Dulang khas lidah kucig rainbow
(boleh beli di kedai2 bakeri, banyak saiz, harga RM23++)

harga dlm bln puasa.Cara-cara
1. Griskan loyang dengan sedikit butter

2. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan.

3. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim.
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata.

4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahaagian.Letakkan pewarna untuk setiap bahagian.Letak setitik kecil sahaja kerana warna akan memekat pada biskut yg telah masak.



5.Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan.
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil.
Paipkan atas loyang lidah kucing.
Jangan paipkan terlampau penuh kerana aduna akan mengembang bila dibakar.


6. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit.
Jaga jangan sampai keperangan dan hangus.
Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

                           

SELAMAT MENCUBA #pray4MH17**

2 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in