Resepi : Karipap Sardin

Sebelum bulan Syawal ni habis baik la kiranya aku habiskan entry pasal  puasa Enam aku yang mengidam kalahkan ada baby dalam peyut ... buka kat rumah je nanti, nak kejar acara hujung minggu banyak sangat jemputan makan nasi minyak dan open house...kawan2 buat open haouse ke...??? maszie tak buat tahun nie sebab PM tak buat sama2 menghormati mangsa MH17 , ni pun acara berbuka puasa hari isnin lepas, cuma baru nie dapat update  dalam blog.. so ini la dia menu  iftar bersama pencinta K-POP a.k.a. karipap sardin hoho..

Hidangan berbuka puasa ni saya pilih karipap sardin untuk versi kuih muih... tak ada kuih lain... Tu pun masa buat blogwalking kat dapur Sinar Kehidupanku, ternampak resepi ni, saya pun teruja nak buat, kebetulan memang terbayang2 karipap yang ranggup dan inti yang marbles... Bila dah jadi karipop time nak mengoreng pukul 7:00p.m ada tertamu yang datang tampa rojer terlebih dahulu...memang rezeki adik2 akak lah ye...langkah kanan sungguh uolls yea...asma & ellamour.Simple je tapi anak-anak and anak tekak suka !!! Layan resepi dulu...


Bahan-Bahan

  • 500gm Tepung gandum
  • 50gm Tepung Beras
  • 50gm Tepung Ubi
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 sudu kecil Garam
  • 3 sudu besar Majerin*
  • 1/4 cwn Minyak masak* (* panaskan)
  • 1 cawan air-tuang sikit demi sedikit
Cara menyediakannya
  1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
  2. Tuangkan minyak panas & gaul rata.
  3. Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.
  4. Bahagikan doh kpd bebola kecil.
  5. Leperkan & isi dgn inti kegemaran, tutup dan klim kemas2.
  6. Buat sehingga habis. Goreng dgn minyak yg banyak sehingga garing.
    Angkat dan toskan. Saya goreng guna api sederhana je. Karipap ni lebih rangup sekiranya di goreng 2 kali. Walau di goreng lagi, karipap ni tetap tak berminyak. 
Bahan utk inti
  • 1 tin besar sardin
  • 4 biji kentang- kupas kulit dan ptng dadu
  • 4 tangkai lada merah/hijau besar>> dihiris
  • 2 biji bwg besar 
  • 2 ulas bwg putih
  • garam dan gula
  • 2 biji limau kasturi- ambil jusnya je
Cara menyediakan inti - 
  1. Kentang yg di potong dadu di rebus hingga separuh masak, toskan.
  2. Sardin di toskan airnya dan hancur2kan.... ketepikan.
  3. Hiris atau cincang bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. 
  4. Masukkan lada merah dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang dan sardin yg di hancurkan, gula dan garam secukup rasa. 
  5. Masukkan sedikit jus limau kasturi dan gaul sebati. Kalau rasa dah ok, bolehlah di angkat dan sejukkan. 
  6. Masak hingga kering sedikit.

Yang  hidangan penuh kami berbuka puasa terlupa nak berposing.  Masak habis simple dan bodoh-bodoh jerrr… Semalam terasa letih dam mood nak memasak pun kurang sikit. Namun Alhamdulillah sempat jugak sediakan hidangan lengkap buat famili tercinta!!!

7 comments:

  1. Assalamualaikum dan salam Jumaat..wahh..sedapnyer karipap tu,Diana ni peminat tegar karipap apa2 jer inti dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MD terima kasih kerana sudi singgah. Hari ini I memang dah keterlaluan, goreng sepinggan karipap yang disimpan dalam freezer malam tadi dan makan sorang sorang sampai En.cyg tegur, sebab tak offer pun kat dia. hehehe peminat karipap ni ramai juga ya...

      Delete
  2. saya lebih suka karipap kentang dari karipap sardin...he he he...salam jumaat kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Farah, memang puashati. Kalau ikut hati, semalam habis semua tapi simpan sikit dalam freezer untuk digoreng hari ini atau esok esok. Tapi penat lah buat kerja sorang sorang. Goreng dengan api perlahan, masak garing rangu.Bagi akak apa2 inti semua suka...jgn karipap pusing ...pale boleh pening...hehee Intinya ada isi ikan sardin. Wow, teringat kat karipap sardin ni, rasa dah tak sabar nak menggorengnya lagi

      Delete
  3. Sy memang tgh mencari resipi kulit karipap yg ummpphhhh..
    T.kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  4. Lya pon dah lama tak buat karipap..sedapp tuu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in