Assalamualaikum
Makanan ni pernah jadi viral kat FB sedap makan panas2 hujan2 ni.. .Oleh kerana penyediaannya yang cukup mudah, ramuan yang di gunakan pun tidak sukar di cari.. saya gantikan dengan lada hitam... terlajakkkk sedapppp...
POTATO FRITTERS
Resepinya
3bj kentang sederhana besar ( kupas n sagat)
1bj telur
3sdb tpg gandum
4sdb tpg jagung
1sdt serbuk lada hitam (saya letak dalam resepi lada sulah)
Sedikit daun bawang hiris nipis
Garam n ajinomoto
Cara
Gaul semua bahan...
Panaskan minyak...bila minyak panas masukkan sesudu adunan tadi.. goreng hingga kekuningan... siap.. cicah ngan sos atau mayonis. .
kentang yang telah disagat
Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula
Gaul sebati
Panaskan minyak masak dalam kuali leperPastikan minyak benar-benar panas supaya kentang tak menyerap minyak
Sudukan sedikit adunan dalam kuali dan leperkan
Biar garing baru terbalikkan sebelah lagi
Bila dah masak angkat dan letakkan atas tisu supaya serap minyaknya
0 comments:
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.