Bayangkan kalau hidup kita penuh dengan niat memberikan kemanfaatan kepada sekalian manusia/makhluk dan kita menjaga ketakwaan kita kepada Allah, tidak sibuk mencari rezeki dan kebahagiaan duniawi hingga lupakan Allah SWT, insya-Allah kita akan hidup dalam konsep bahagia dan membahagiakan dunia dan akhirat. Kualiti kehidupan kita bergantung kepada kualiti hubungan kita dengan Allah dan kualiti hubungan kita dengan orang lain. Kalau bangun pagi stres, tentu ada yang tidak kena atau kekurangan dalam hubungan kita dengan Allah SWT dan orang sekeliling kita, yang menyebabkan kita tidak bahagia. Ingat, hanya orang yang bahagia boleh membahagiakan orang lain.(PROF DR MUHAYA)
Sources:
Victor Nunes
0 comments:
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.