Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum^^
Assalamualaikum^^
Menarik tetarik kau tetap geboom...sekali adap ajer  hilang...Lama teringin nak buat maka lurus2kan urat jari jemari  demi anak2 tercinta ku gagahi menelan pil rajin so terhasil fruit tartlet,memang berbaloi2 anak2 berebut2 suke...In shaa Allah projek cuti sekolah ,anak2 dah siapkan kertas kerja....kih kih kih
❤ FRUIT TARTLEY ❤
Sumber : Chef Alex Goh
PASTRYBahan-bahan :200g mentega
100g gula ising
1/4 sudu kecil  esen vanila
1 biji telur
420g tepung
1 sudu besar  susu tepung
Kaedah  penyediaan :
1. Putar (A) hingga lembut. Masukkan (B)  dan terus memutar hingga gebu.
2. Masukkan (C)  dan gaul hingga doh yang lembut dan licin terbentuk.
3. Ambil sedikit  doh dan tekankan ke dalam acuan tat. Potong lebihan di tepi-tepi acuan  dengan pisau.
4.  Cucukkan dasar tat dengan garfu.Bakar selama 12  minit atau hingga  perang keemasan. Keluarkan dari  acuan dan biarkan sejuk. Simpan di  dalam bekas kedap udara.
P/s: satu lagi resepi lebih kurang sama  bhn2 cuma amount yg sikit beza:- sebuku butter 250gm, 120gm gula icing, 2  biji kuning telur, 440gm tepung gandum dan 1 sudu teh esen. Cara buat  sama jer kat atas.
Bahan-bahan Kastard:
2 sudu besar  tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
8 sudu besar  gula (ikut manis tekak sendiri)
2 cawan (500ml)  susu segar
2 sudu besar  mentega
Kaedah  penyediaan :
1. Campurkan tepung gandum, tepung  castard/tepung jagung dan gula ke dalam periuk. Campurkan 2 sudu besar  susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan kacau rata.
3. Tuangkan  lebihan susu ke dalam bancuhan dan masukkan mentega.
4. Masak di atas  api perlahan dan kacau selalu agar bancuhan tidak berketul.
5. Bila bancuhan  menjadi pekat dan bersinar, padamkan api dan biarkan sejuk.
 Filling Blueberry Tart
Bahan A
250g cream cheese
50g gula
25g mentega
Bahan B- 1 biji telur
Bahan C- 25 g whipping cream
Bahan D
20 g tepung
Blueberry filling
Cara-cara
- Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
 - Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi.
 - Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
 - Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit.
 
Nota  * Jika inti keju  dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.
*  Untuk menjadikan  permukaan atas tat lebih menarik, sapukan apricot  glaze supaya ia  kelihatan berkilat. (Apricot glaze + sedikit air dan  panaskan di atas  dalam periuk kecil di atas dapur hingga campuran  tersebut cair)
Tak sempat nak sapu Apricot glaze... rasa superbbb uolss auwww m(._.)m






0 comments:
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.