MY RECIPES 35: OReO CHeeSe CaKe

Resepi ni buat untuk besday irfan bulan June.Godek2 blog Masam manis teruja nak mencuba irfan suka orea...angah yang buat semua dia follow sejibik masam manis buat ibu sediakan bahan dan photogedik aje...terhasil kek yang memang yummm.terima kasih masam manis berkongsi resepi murah rezeki lain kali boleh kami cuba lagi


 ❤OReO CHeeSe CaKe






Bahan:-
30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan. (aku cairkan guna mikrowave selama 10 saat)

Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream - aku ganti dgn yogurt asli
2 biji telor - buang tali pusatnya
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-

Base :-
gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:-
~ Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
~ Masukkan sour cream dan pukul sebati.
~ Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
~ Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
~ Bakar secara "steam bake" dgn suhu 170 celsius (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.
~ Tutup permukaan cheese kek dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan terlebih kuning.. letak pada rak bawah sekali dlm oven..
~ Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam. Hiaskan dengan jem kegemaran atau buah2an seperti peach/strawberi




Aku gunakan 30 keping biskut di atas.. buang inti tgh2 tu.. hancurkan/kisar..



Pastu aku ambik 1/4 cwn butter.. aku masukkan dlm mikrowave utk cairkan.. cairkan dlm masa 10 saat aje..





500 gram cream cheese brand tatura.. nak lebih murah korang beli je cheese ni kat kedai bakery.. harga jauh lebih murah berbanding pasaraya..



~ satu penutup esen vanila..  tu je.. hehhe


2 biji telor ayam..



1/2 cawan gula halus..



1/2 cawan Yogurt asli .. resepi asal guna sour cream, mana yang ada aku gantikan dengan yogurt asli je..




Biskut yg sudah di asingkan krim.. sila kisar ini biskut.. tak pun korang masukkan je dlm plastik dan ketuk2 bg hancur..


Lupa lak nak snap gmbr satu cawan lg biskut yg korang kena cincang.. yg 30 keping biskut kat atas ni hanya utk buat base dia.. lg secawan biskut korang cincang2 utk di campur dlm adunan kek nanti.. paham tak..?




Kemudian masukkan adunan biskut yg di campur butter td dlm loyang yg dah di griss dgn butter...
 Seelok2nya gunakan loyang spring foam  bg memudahkan proses mengeluarkan kek..loyang nie boleh tolak ke atas.. tekan2 biskut tu sampai menutupi semua dasar loyang..


Dlm bekas lain, sila campurkan cream cheese, gula halus dan esen vanila.. putar dgn kelajuan sederhana dulu pastu baru tingkatkan kelajuan..


Putar sampai adunan sebati..
Bila adunan dah sebati, masukkan yogurt tadi.. putar lagi.. 
Pastu masukkan pulak telor ayam satu persatu.. masukkan sebiji dulu.. putar.. pastu masukkan lagi sebijik..

Bila dah sebati kesemua bahan2 tadi, barulah campurkan biskut oreo yg di cincang.. ni le biskut yg di cincang yg aku maksudkan tu..


Hasil adunan selepas di campurkan dgn biskut cincang.. pastu apa lg, tuang le adunan ni masuk ke dalam loyang



Pastu hias le dgn kepingan biskut oreo di atasnya.. kalo taknak pun bolehh..




Kemudian bakar le secara water bath/ steam bake.. aku tak rendam itu loyang, tp bawah loyang tu aku taruk air panas..


Kalau korang rendam, make sure keliling loyang tu korang balut dgn aluminium foil dgn kemas tau.. elak air termasuk dlm loyang.. paling penting air yg di tuang tu ialah air panas ye dan bukan air sejuk..

Apa2 hal, oven mestilah di panaskan terlebih dahulu.. suhu membakar adalah 170 celsius.. guna api atas bawah.. loyang di letak di bahagian paling bawah..



Kek yg dah sejuk akan merenggang dgn sendiri dr loyang..



Selepas 45 minit sila gunakan api bawah je dan permukaan atas loyang di tutup dengan aluminium foil untuk mengelakkan adunan terlebih kuning.. bakar lagi dlm 15 minit..

Bila dah masak, jgn keluarkan terus itu loyang.. biarkan je dlm oven dulu dalam keadaan pintu oven sedikit renggang.. biarkan setengah jam gitu baru leh kuakan.. ni petua utk elak kek tu mengecut/mendap tetiba..



sejukkan selama 4 jam sebelum dimakan

0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in