Salam Semua,
Finally sampai juga weols kat Legoland ni...actually unplanned pun nak terjah sini but 3 abdul kata alang2 dah lalu tol nak ke majlis kenduri anak adik en.cayang kita singgah lah ABAH.Sebuah theme park yang akan menyambut ulang tahun pertama malam nanti . Tempat ini sangat menarik untuk dikunjungi, saya juga merupakan orang yang cukup menyukai LEGO sejak kecil.
bersama kek Lego makan tak akan kenyang...
Okay..mari kita mula bercerita.
Weolls sampai kat LL ni around 10.00 am giteuw...hujan selebat2nya menyambut kedatangan kami.
Tiketnya berharga RM140 untuk yang berumur 12 hingga 59 tahun, kanak-kanak dan warga emas pulak RM110, jika anda rakyat Malaysia sila tunjuk Mykad dan dapat potongan, setiap tiket jadi RM110 sahaja.(7 days in advanced), pembelian tiket Legoland di sarankan melalui website mereka 7 hari sebelum kedatangan, karena akan lebih murah.
Jika rasa setahun hendak beberapa kali ke Legoland, elok beli pakej tahunan dengan harga RM245.00 dewasa, dan yang berumur 3 hingga 11 tahun hanya RM180.00.
Boleh masuk setiap hari pun tak apa sepanjang tahun selagi tempohnya tidak tamat.
Makanan luar tidak dibenarkan dibawa masuk, jadi elok makan kenyang-kenyang dulu, baru masuk, makanan di dalam Legoland, mahal berdasarkan harga antarabangsa.
Untuk sebiji burger RM22 dan sebotol air mineral RM3.00. Selain itu kena beratur panjang terutamanya ketika waktu puncak, dan kena buat sendiri kerana tiada sesiapa hendak ambik order.
la diperbuat daripada 300,000 dan berukuran tiga meter lebar
Legoland Malaysia dibuka pada 15 September 2012. Tempat hiburan ini merupakan yang pertama di Asia atau keenam di dunia.
Legoland Malaysia terbagi menjadi tujuh area, dengan 40 wahana, pertunjukan, dan atraksi. Sedikitnya ada 30 juta potongan lego yang menghiasi taman lego. Mulai dari pintu gerbang masuk, berbagai patung lego menarik sudah disajikan.
Make sure to bring a hat and your sunglasses...coz it will be freaking hot here... and perhaps a bottle of water
sape kata maszie tak ada anak pompuan...heheee 😁😊❤😋
Di satu sudut Miniland, ada berbagai jenis replika bangunan bersejarah Malaysia dan dunia, ada bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Putrajaya, KLCC, Angkor Wat, Taj Mahal, selain pelabuhan yang dibina dengan begitu indah dan mengkagumkan.
Apa yang membanggakan adalah semua rekaan ini dibuat oleh anak-anak muda Malaysia, juga dari pemerhatian saya hampir 90 peratus pekerja di Legoland adalah orang Malaysia.
Membaca dari risalah yang disediakan Legoland ada lebih kurang 1000 pekerja, dan rekaan Miniland ini dibuat sejak tiga tahun lalu melibatkan 50 juta bongkah Lego dan 15,000 ribu model berbagai jenis.
Try their passion fruit shake for 25RM 😁👍✌👌😊❤😋
Be sure to bring raincoat when going here because some games n rides will make u excitingly WET!!
Antara tips yang mampu saya berikan kepada anda semua:
1. Bawa air masak / mineral dengan kuantiti banyak jika anda bermula dari pagi atau tengah hari kerana jika cuaca panas, anda akan rasa cepat haus. Makanan tidak dibenarkan dibawa masuk kedalam, pekerja mereka akan meminta untuk anda membuka beg yang anda bawa sebelum anda masuk dan juga selepas anda melepas pintu masuk.
2. Bawa payung untuk anda berlindung dari cuaca panas mahupun hujan
3. Bawa duit yang mencukupi untuk membeli makanan kerana anda pasti akan lapar kerana anda berada lama di dalam taman tema ini dan juga untuk membeli air sekiranya air yang anda bekal kehabisan. Sekiranya anda membawa anak anda, mereka pasti akan meminta cenderahati seperti permainan Lego atau pedang, mahkota, baju dan sebagainya dan harga kesemuanya bukan murah.
4. Selepas pintu masuk, sebaik-baiknya mulakan tarikan tema di sebelah kiri dahulu dan terus menuju ke Lego Studios untuk menonton tayangan filem 4D untuk mengelakkan barisan panjang di sebelah petang.
5. Bawa stroller bukan sahaja untuk membawa anak anda jika anda tak larat nak mendukung mereka sepanjang perjalanan, tetapi juga untuk membawa barang-barang, minuman dan makanan yang anda beli nanti.
6. Ada beberapa tempat yang akan menyembur air kepada anda dan ini berbahaya kepada peralatan elektronik yang anda bawa terutamanya kamera DSLR anda yang mahal. Setakat yang saya tahu terdapat tiga tempat iaitu di Miniland di kawasan Merlion, Singapura, ketika anda menaiki bot di Boat School di kawasan terdapat watak lego tikus dan di permainan Aquazone Wave Racer di Lego Technic, anda dinasihatkan jangan berada berdekatan dengan pagar permainan tersebut kerana air akan memercik di mana-mana.
Datang la waktu bukan hari puncak. Leh main 5, 6 kali haha x payah beratur panjang
Taman tema Legoland Malaysia sememangnya satu lagi destinasi pelancongan terbaru untuk menarik pelancong datang mengunjungi negara kita terutamanya dari negara jiran dan diharap ianya dapat menyumbang pekembangan ekonomi negara disamping mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Jom kita sebagai rakyat Malaysia menyokong taman tema antarabangsa yang pertama di negara kita paling tidak sekali seumur hidup kita kunjungi taman tema ini dan jadi duta kecil dan ceritakan kepada rakan-rakan terutamanya dari negara lain.
Dari segi kos, perjalanan dua hari satu malam kami lima beranak, tidaklah mahal, minyak, tol, makan, tiket Legoland, beli itu ini,berbanding dengan bercuti keluar negara , berbaloi sangat kerana pengalaman meluangkan masa bersama keluarga sudah pasti akan dikenang sampai bila-bila.-14/09/2013
Taman tema Legoland Malaysia sememangnya satu lagi destinasi pelancongan terbaru untuk menarik pelancong datang mengunjungi negara kita terutamanya dari negara jiran dan diharap ianya dapat menyumbang pekembangan ekonomi negara disamping mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Jom kita sebagai rakyat Malaysia menyokong taman tema antarabangsa yang pertama di negara kita paling tidak sekali seumur hidup kita kunjungi taman tema ini dan jadi duta kecil dan ceritakan kepada rakan-rakan terutamanya dari negara lain.
Dari segi kos, perjalanan dua hari satu malam kami lima beranak, tidaklah mahal, minyak, tol, makan, tiket Legoland, beli itu ini,berbanding dengan bercuti keluar negara , berbaloi sangat kerana pengalaman meluangkan masa bersama keluarga sudah pasti akan dikenang sampai bila-bila.-14/09/2013
<
0 comments:
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.