Pesawat MH17 : Terhempas Dan DiPercayai Ditembak Di Ukraine

Dengan Bismillah dan salam sejahtera,
Satu lagi berita mengejutkan dikhabarkan kepada rakyat Malaysia berkenaan sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines MH17 dipercayai terhempas dan turut didakwa ditembak oleh kumpulan pemisah tentera Russia.

gambar MH17 terhempas

Berita Terkini Daripada Astro Awani
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas menurut laporan AFP.AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.

Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi.

Lokasi Akhir Pesawat Sebelum Terhempas



Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.

Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.Wisma Putra kini sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, lapor Bernama.

Laporan itu menyebut Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan perkara berkenaan.

"Kami sedang bekerjasama rapat dengan kedua-dua kerajaan untuk mendapat maklumat.

"Buat masa ini, kami mempunyai beberapa maklumat, cuma tunggu nak mengesahkan sahaja", kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.

PM Terkejut Pesawat Terhempas
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik MAS penerbangan MH17.Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.



Gambar Pesawat MH17 Terhempas


 Gambar dan Foto MH17 Terhempas di Ukraine

Salam Takziah dan Al Fatihah 
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan KepadaNya Kita kembali.Salam takziah kepada semua ahli keluarga mangsa nahas kapal terbang MH17 dan dengan rendah hati marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada kalangan mangsa yang beragama Islam.Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang soleh dan beriman.amin..

Untuk mendapat perkembangan terkini #MH17, sahabat-sahabat boleh like dan follow page ini.

1 comments:

  1. Ya Allah!
    Selamatkan negara ini dari angkara dan muslihat musuh.
    Takziah dan Alfatihah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in