RESEPI :PISANG GORENG CHEESE

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Pada kali ini zie nak kongsi satu lagi resepi .  Kuih ni sedang hot di pasaran harga nya yaa ampun sikit ajekan ....memang tak puas makan .   

Nak tahu kuih ape?????
teruskanlah tengok entri ini~~~~~

. Jom la tengok dan buat sama-sama.

                                               inilah rupa  yang berjaya zie hasilkan

BAHAN-BAHAN UNTUK PISANG GORENG

1 biji pisang Tanduk(dipotong mengikut citarasa masing2)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
sebiji telur
satu sudu butter
secubit garam
perwarna kuning@serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk mengoreng

BAHAN-BAHAN UNTUK TOPING

Keju cheddar(diparut)
satu sudu kecil susu pekat manis
satu sudu kecil butter

CARA-CARA

1/. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning. (Sesiapa yang tak suka pakai pewarna boleh juga guna serbuk kunyit), Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.

2/. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan.(deep fry).

3/. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng.



~~~Selamat mencuba kawan-kawan~~~
Rugi kalau tak cuba
......(^_^)...

1 comments:

  1. semakin femes pisang keju ni, buat sendiri mesti puas makan lah

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in