MY RECIPES 1: Puding Karamel paling Gebu...perasan...:P


Assalaamualaikum,

Sedap betul resepi nih.. basic nye guna resepi dr Bonda Zie sendiri.Bonda mmg rajin masak dan sedap aje ...yealah air tangan ibu mmg xleh lawan d mana2kan. tq for the lovely Recepi Bonda.
Anak2 zie mmg suka puding nie special bulan posa ,. can do anytime, at any where..cewah!! buat tau jangan tak buat..jom tengok resepinya:



PUDING KARAMEL GEBU ...:P

Bahan-bahan ( utk dimakan sekeluarga )

buat gula hangus:

3/4 cawan gula-dibuat gula hangus
3 sudu besar air
  1. lengser loyang bulat 9" dengan sedikit minyak masak
  2. letak gula dalam kuali, masak sehingga perang dengan api kecil
  3. tambah air satu sudu demi satu sudu , kacau hingga pekat
  4. tuang dalam loyang tadi. ketepikan
Bahan-bahan Puding:

1 tin susu cair 400gm
300ml air
3/4 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
6 biji telur A

Cara-cara

  1. Ketika ini bolehlah dipanaskan air utk mengukus.
  2. Satukan tepung kastard, susu ,air dan gula. kacau sampai gula betul2 larut
  3. Masukkan telur, kacau dengan hand whisk hingga adunan sebati.
  4. Tapis adunan kedalam loyang yang berisi karamel tadi
  5. Tutup loyang dengan aluminium foil.
  6. Kukus selama 45minit. 
  7. Kalau nak tau puding masak ke tak, cucuk bahagian tengah puding dengan lidi, kalau tak ada apa2 melekat, maknanya puding dah masak
  8. Tunggu sejuk dahulu barulah boleh di terbalikkan puding yek!


0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in