Kemas Store: Phase 1



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum^^



Stand your unit upright and enjoy the result of your efforts!


jauh datang dari pahang rak besi akak..ko ador...hehee...
kebetulan sabtu 19/10/13 Mummy Lynn nak datang rumah,terus suruh Mummy Lynn belikan 2 kotak.
Satu kotak RM108. aku dah server harga kat kelang mahal yang nie RM138 yang papan di ganti Logam putih RM 160. Jauh beza kan...alhamdullilah rezeki naik kereta lagi BARU YG BESAR Mummy Lynn...:-)

Akak tidak sabar untuk menyusun atur  di store  dengan unit rak industri yang sepadan dengan rak terbuka yang lain di sana. Jadi bersama-sama dengan anak kesayangan, kami mengambil malam hujung minggu untuk mengemas projek yang lama tertangguh.


 Mata akak sangat tertarik dengan logam dengan kemasan cat putih anggun gitu . Satu hari, akan ku penuh dengan semua kotak putih yang siap label, kerana ia seolah-olah menenangkan walaupun setakat masuk ruang store .....




Adoii...senak perut, nak pitam rasanya tengok sepah cenggini.. (*_*)'

Akak mempunyai hobi membeli barang keperluan rumah walaupun barang tu tak berapa nak perlu pun sebenarnya. Tapi akak berpegang pada kepercayaan kalau tak beli sekarang, next time bila-bila masa nak guna kan susah kalau takde,nak pijam dengan jiran atau sedara lain tiada dalam kamus hidup...sebenarnya (MALU,TAKUT...Rosak) time memerlukan  harga lagi MAHAL... Contohnya BISTRO tempat simpan air kat bawah tangga tu,guna time house warming , guna sekali dua je besar gedabak sangat,nak sambut raya puasa baru2 nie pergi beli yang kecil pulak nampak kotak bawah tikar... la ni bila tak guna terbiar je dalam stor....aihhh..

Saya percaya rak sangat membantu susunatur menjadi lebih kemas. Maka setelah beberapa kali berzikir di telinga en.cayang, akhirnya rak besi menjadi hak milik mutlak diriku. Terasa diriku begitu berharga.




Wallah siap..nampak kemas jugak kannn....So automatik ruang ini jadi lebih lapang dan kemas.masih banyak ruang boleh di penuhi...



Label takde lagi, lapik rak pon belum letak lagi, pasang pon tak betol2 lagi sebenarnya...susun nie semata2 nak amik gamboo je, lepas ni banyak lagi rombakan...haha


Sekian..Dah siap Phase 1 tunggu phase seterusnya ....


2 comments:

  1. assalam sis, boleh tahu beli kat mana ye rak ni? berminat gak la..
    nurizzahmajif@gmail.com / darwisydarwisyah.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. slm ...bleh sy tau nk beli kat mn rak ni?bleh email x kat sy sitiasmakabdulmajid@gmail.com. tq

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in