6 SEKELUARGA INGIN PULANG KE MALAYSIA DISAHKAN PENUMPANG MH17



Menurut sumber, satu keluarga 6 beranak yang menaiki pesawat MH17 dikhuatiri turut maut dalam insiden pesawat yang ditembak itu. 

Pasangan Ariza Ghazalee dan Tambi Jiee bersama 4 orang anaknya dikatakan kembali ke Malaysia setelah bermastautin di Kazakhstan selama lebih 2 tahun. Keluarga mereka berasal dari negeri Sarawak. 

Gambar bagasi yang dimuatnaik oleh Ariza dikongsikan oleh ramai pengguna media sosial. 




Al-fatihah.. Sedih plak tengok status anak arwah Ariza yg paling kecil.. Semoga mereka semua ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.. Amin..




Mungkin sahaja Hijrah mereka sekeluarga ke Jannah... Amin. 

Adik kepada Ariza juga memberi komen di gambar tersebut mengesahkan pemergian mereka yang terlibat dalam nahas lewat malam semalam.




Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan setiap mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.








2 comments:

  1. semoga allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas kalian saudara-saudaraku....

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah mencucuri rahmat untuk keluarga ini..Al Fatihah

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in