hoo,,, jerebulah


 Disebalik jerubu keindahan ciptaan Allah SWT berjaya dirakam ketika 15hari lagi umat islam bakal mengerjakan ibadah puasa pada bulan Ramadhan.Sebelah petang matahari kelihatan lah sikit banyak perubahan dari semalam.. jadi kalau korang berada di luar tu pakai-pakailah mask untuk melindungi kesihatan korang.. kalau takde keperluan duduk jer dalam rumah diam-diam..




 Dada dah rasa sesak.....mata dah pedih2....aduhhh batuk lagi....
 Terkini IPU shah alam 162 , PJ 193

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:

  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:

  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:

  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan

Terkini di Muar, Ledang telah diisytiharkan darurat IPU telah melebihi tahap bahaya. Jom kita doa bersama-sama semoga keaadaan pulih seperti sediakala. Hanya dengan turunnya hujan saja dapat menamatkan jerebu yang semakin teruk ini.



0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in