MY RECIPES 4: PANCAKE


salam and morning kengkawan semua!!

weekend lepas..quite pack gak la...
emmm..nie nak bagi resepi pancake yg mesti kena buat anak2 maszie suka makan.Tak larat nak perangkut kat MD.Ibu2 Bapa2 boleh buat utk anak2 dan anak tekak sendiri ...hehe

:-)
              
     
       
Bahan-bahan:-
  • 115g Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
  • 25g mentega
  • 1 biji Telur
  • 150ml Susu Segar
  • 1 sudu besar Gula
  • Secubit Garam
Cara-cara :
  1. Gaul dan ayakkan bersama tepung gandum, soda bikarbonat dan krim tartar. Kemudian masukkan mentega, ramaskan dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan telur, susu segar, gula dan garam, pukul sedikit.
  3. Buatkan lubang di tengah-tengah bahan yang diayak tadi. Tuangkan campuran susu (no.2). Pukul guna hand whisk sehingga sebati.
  4. Biarkan masak sebentar dan enak dinikmati panas-panas bersama madu atau sirap pancake berserta mentega. Makan dengan aiskrim pun sedap..nyumm..nyummm


 susu segar, Soda bikarbonat & Krim tartar



  • Panaskan kuali 'non-stick'. Lengserkan dengan sedikit sahaja minyak. Tuangkan satu senduk kecil adunan dan biarkan ianya melebar sendiri. Buih-buih kecil akan terbentuk di permukaan adunan. Biarkan sehingga buih-buih itu pecah, barulah diterbalikkan ke bahagian sebelahnya.




  •  


  •  Biarkan masak sebentar dan enak dinikmati panas-panas bersama madu atau sirap pancake berserta mentega. Makan dengan aiskrim pun sodappppp.. hik.. hik..

    Inilah rupa buih-buih yang terbentuk ketika pancake dimasak. Tunggu sehingga pecah semuanya barulah diterbalikkan.



    0 comments:

    Assalamualaikum.
    Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
    SATU pun jadi lah ! hehe.

     
    Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in