MY RECIPES 6: Laksam & Tutorial


Salam Bismillah

Aku buat menu nie masa cuti sekolah,kebetulan bonda ada dah banyak kali juga aku buat LAKSAM nie.Tapi time nie lagi power ler sifu ada dok sebelah...hehe

Biasalah dok kat lembah klang nie payah nak dapat laksam yang sodap dan Lemak berkrim...

Let se goo~~~

  • 1 kampit tepung beras
  • 1 senduk tepung gandum
  • 10 cawan air suam 

Cara buat laksam:

  1. Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis 

tepung beras (cap teratai) glamour you....
 ni adunan yang siap untuk  di kukus.Siap ada sukatan cawan lagi baru ngam2 ketebalan laksam atas tudung periuk nanti...

sebelom isi adunan jangan lupa tudung periuk di sapu minyak terlebih dahulu
kukus dalam masa 5 minit ,ikut besar tudung periuk anda...sejuk seketika dah boleh digulung

nampak sampai boleh bergolek sendiri.kalau adunan agak2 keras tambah air ,sendiri yang boleh nilai sukatan air....

tengok laksam akak comelkan....???
Ni bahan ulam semua akak kutip dalam pasu depan rumah
daun kunyi,daun kaduk,daun kemangi (hasil tanam sendiri) terbaik dari kebun bak kata Nabil Raja Lawak


 laksam yang telah di potong

  • bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nak buat laksa tuh
  • Sedikit halia
  • Sedikit bawang putih
  • Sedikit bawang merah/besar
  • Sedikit lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula 
  •  
  • >> Bahan ulam
  • timun,kacang panjang,taugeh,daun kesum,daun kemangi,daun kaduk,daun kunyit ,bunga kantan (dipotong halus) 
  •  
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan
  • garam
  • limau 

  1. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  2. Untuk cili: cili merah tumbuk dengan belacan,tambah garam sikit dan perahkan limau 


so selamat mencuba, boleh alter sendiri ikut selera dan bahan yang ada, dan
boleh la namakan laksam uols tu ;D



0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in