Assalamua’laikum.
Oh, lidah! Silap tulis jadi ludah. Perbuatan meludah merata-rata memang sukar untuk diterima. Apatah lagi perbuatan lidah mengeluarkan kata-kata keji dan mengata. Jangan main ludah! Jangan main lidah! Peribahasa Melayu tentang lidah;
Berlidah di lidah orang – Hanya menurut apa yang dikatakan orang. Mulut satu lidah bertopang – Lain di mulut, lain di hati Mengadu buku lidah- Bertengkar Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya - Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya. Bertegang urat leher, berkeras buku lidah - Tidak mahu mengalah.
Bulan Puasa nampaknya semakin dekat. Cakap-cakap tentang politik kurangkan lebatkan dengan ayat ayat suci. Pasar Ramadhan semakin hangat. Maka, pasti lidah akan digunakan sekerap boleh. Mungkin juga sup lidah lembu akan lebih laris. Harapnya, lidah dijaga dengan baik supaya tiada yang menyesal di kemudian hari.
maszie – sedap ke sup lidah?
Victor Nunes
Wah kreatif nyerr ..
ReplyDeleteLIDAH ..ermmm ..kena jagalidah kita saat bertutur jgn tuturkan kata2 yang kasar dan kesat ..
Ingat padah jika lidah berbiscara yg bukan2 ..
Sedangkan Lidah Lagi Tergigit
ReplyDeleteSedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar
Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat
Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Tak trbuka lagi hati nak makan sup lidah.. sup ekor bestlah.. :)
ReplyDelete