1 - Cara untuk menajamkan gunting
Kadang-kadang kita akan hadapi masalah untuk menajamkan gunting samada gunting kain atau gunting didapur. Hari ini Zie akan kongsikan 3 cara yang dapat membantu kawan-kawan dalam menyelesaikan masalah ini.
- Gunting beberapa helai daun sirih satu persatu. Ingat guna gunting kita yg dah tak tajam tu ye. Gunting yang dtumpul itu akan tajam semula.
- Potong beberapa helai daun serai dengan gunting yang tumpul tu, kemudian asah mata gunting itu dengan daun serai. Hasilnya gunting akan tajam semula
- Selain daripada cara diatas anda juga boleh menajamkan gunting dengan menggunting daun tebu. Gunting hingga yang tumpul, tajam semula
Pernah tak korang menghadapi peti ais berbau bila dibuka...almaklumlah masing-masing busy dengan hal sendiri sampai x sempat membersihkan peti ais. Apakata gunakan daun pandan, ambil 3,4 helai daun pandan, ikatkan dan terus masukkan ke dalam peti ais. Insyallah peti ais yang berbau busuk akan berbau harum sekali. Selain dari itu boleh dimasukkan sebungkus kopi dan simpankannya didlm peti sejuk atau titikkan esen vanila pd perca kain dan simpan dipeti sejuk.. Tapi ingat jangan sebab dah letak daun pandan dan barang2 yang lain ambik kesempatan xnak bersihkan peti ais pulak????bersih tetap kena bersihkan...yelah kat situ kan tempat letak makanan, lau kotor nanti tercemar pulak makanan tu....Sapa yang makan?, sapa yang susah? KITA JUGAKKKK...x gitu?
3 - Cara mententeramkan diri bila menghadapi musibah
Bagaimana untuk mententeramkan diri bila berlaku kes-kes seperti aku atau menghadapi apa-apa musibah dalam kehidupan kita...jika berada dirumah cepat2 ambil wuduk dan terus membaca AlQuran, seelok-eloknya sebelah pagi dan malam. Jika berlaku diluar rumah bacalah ayat 3 Qul( surah AlIkhlas, surah Al Falaq, surah An Nas) , membaca ayat kursi dan istifar banyak2. Insyallah ketakutan, panik dalam diri akan segera beransur-ansur reda...
4 - Cara membersihkan balang yang lama
Bulan puasa dah dekat dan tak lama lagi nak menyambut hari raya. Apalagi surirumah pun pasti sibuk membersihkan balang-balang kuih yang boleh direcycle semula, jangan membazir tau. Macamana erk...he3 oklah mula-mula basuh balang kuih dan keringkan. Masukkan kayu arang yang telah bersih dan kering ke dalam balang tersebut. Tutup dan biarkan selama lebih kurang dua jam. Selepas itu, buka tutup balang dan jika bau sudah hilang, barulah dibersihkan atau jika bau masih ada tutup balang dan biar arang didalamnya.
lama tak singgah sini, great piece of sharing kak... rindu kat akak saya yang sorang ni...
ReplyDeletealhamdulillah...ada juga org rindu kat akak nie... :)
DeleteT kasih atas perkongsian petua ini kak Mas..
ReplyDeleteSama-sama .. :) moga akan berikan kebaikan dan manfaat bersama, in Sha Allah.
Delete