Salam semua, hari Khamis 01-May-2015, sesi ngeteh ( minum-minum) bersama rakan sekolah yang merupakan rakan sebaya juga a.k.a kakakku dunia akhirat. Gambar dari kiri, Mummy Lynn kanan Mama Uda dan yang di tengah tuan blog ZIE. Tiada dalam gambar, merangkap jurukamera pagi adalah saudari Amanda (anak mummy Lynn) .
Antara perbincangan dalam sesi ringkas di kedai kopitiam terletak di KEMAMAN KOPITIAM ini adalah berkisar tentang anak2, Ayah Bonda ,En.Suami dan rombongan Cik Zie ke negara yg patut dilawati ( acara perabih duit suami...hahaaa) perancangan kami semua sekiranya perlu dilaksanankan secepat yang boleh. Sesi yang bermula sebenarnya dari lepas maghrib sambil membuat apam polkadot sambung di kedai kopi jam 12.30 malam berakhir sehingga jam 1.30 pagi. Jadi orang bujang sekejap..he he.
MasyaAllah,Tabarakallah !~ Thank you Mama Uda datang memeriahkan suasana ....
Memang banyak yang di bualkan, almaklum kawan-kawan lama yang sama-sama bersekolah dan kembali bertemu di Darul Makmur Kini, semua sudah berkerjaya sendiri dalam pelbagai bidang. Alhamdulillah, "semua jadi orang" kata orang tua-tua..he he.
**Jaga Diri. Jaga Kesihatan. Jaga Iman. Jaga Hati**
Wallahua’lam. Salam Mahabbah J
Wahh.. seronok tu kak Mas... :) :)
ReplyDeletemmg seronok kebetulan suami masing2 beri pelepasan sempena cuti hari buruh tu....
DeletePn Maria n kawan2... Bila laama x jumpa mesti banyak perkara dibualkan. Kalau sy... Kawan sekolah jumpa.mesti tanya anak sulung umur berapa...mula lah tegaru2 kepal, kebanyakan lelaki mcm tu la..sering lupa perkara yg berkaitan dgn nombor haha..
ReplyDeletebila bergitu baru tersedar semakin kartu diriku ini...hahaa
Delete