Sultan Azlan Shah mangkat

INNALILLAHHIWAINNALILLAH HIRROJIUN.
Dari Allah kita datang, kepada Allah jugalah kita dikembalkan.

AL-FATIHAH
Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 
Salam Takziah juga buat keluarganya yang tersayang, seluruh kerabat dan rakyat Negeri Perak.

Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat pada jam 1.30 petang hari ini.
Almarhum Baginda berusia 86 tahun.

PENGEBUMIAN AKAN DIADAKAN ESOK SELEPAS SOLAT ASAR DI MAKAM DIRAJA KUALA KANGSAR.

Almarhum Baginda ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Perak ke-34 pada 1984. Sebelum ini, Almarhum baginda mempunyai kerjaya cemerlang dalam sistem kehakiman Malaysia dan pernah menjadi Ketua Hakim Negara pada 1982.

Pada 1989, Almarhum Baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-9 dan berkhidmat selama lima tahun sebelum kembali ke takhta Perak pada 1994.
Baginda juga adalah bekas Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia dan terkini Canselor Universiti Malaya.

Almarhum Baginda menjadi presiden Persekutuan Hoki Malaysia sehingga 2005 dan kekal sebagai presiden Persekutuan Hoki Asia dan ahli lembaga eksekutif badan global Persekutuan Hoki Antarabangsa.

Kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah adalah kejohanan hoki tahunan yang disertai beberapa banyak Negara antarabangsa yang diadakan di Ipoh sebagai kejohanan Hoki yang paling berprestij dinegara ini.

Permergian Almarhum Baginda amat-amat dirasai seluruh rakyat Malaysia dan rakyat Perak Darul Ridzuan amnya.

`AL-FATIHAH~


4 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in