JANGAN BUNUH SEMUT!!



kalau nampak semut banyak2 dalam rumah seperti yang pernah dipesan oleh



Nabi SAW pernah berpesan, kalau ternampak banyak semut di dalam rumah, ucaplah;

"Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s,
Ini rumahku, Aku mahukan kebersihan. Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya. 
Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat"


Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/
sheildtox/bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam
ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab
semut2 ni adalah rakyat Nabi
Sulaiman a.s..Semut2 ni juga
serangga yg sentiasa berzikir
kepada Allah s.w.t. sepanjang masa..

Kisah semut ni pun ada di
dalam Al-Quran..

Cintai Rasulullah s.a w. dengan
mengamalkan segala sunnahnya..


Tegurlah mereka dengan salam ke atas Nabi Sulaiman a.s seperti yang diajarkan oleh Nabi SAW.

Semut juga merupakan salah satu binatang yang namanya disebut di dalam Al-Quran selain dari lebah. Kisah semut terdapat di dalam Al-QuranSurah An-Naml (ayat 18-19);
*An-naml bermaksud semut.

A018 
(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".
sumber : http://www.surah.my/27#18

A019 
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". 


Hadis juga ada menyebut tentang larangan membunuh semut-semut ini.

Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda: 

"Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?" 
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda: 

" Ketika salah seorang para nabi duduk berehat di bawah pokok, seekor semut telah menggigit beliau. Kemudian dia memerintahkan bungkusannya dipindahkan dari bawah pokok tersebut dan memerintahkan sarang semut itu dibakar. Lalu Allah menurunkan wahyu: 'Adakah mencukupi dgn membakar hanya kerana seekor semut yg mengigitmu'?" 
(Hadis Riwayat Bukhari) 

Dari Ibnu Abbas R.A, bahawa Nabi SAW melarang membunuh 4 binatang iaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung Surrah 
(Hadis Riwayat Abu Daud)  

Berdasarkan hadis-hadis tersebut, dapat difahami bahawa kita dilarang membunuh semut. Semut yang dilarang bunuh itu ialah semut besar (semut Al-Sulaiman) kecuali ada alasan yang munasabah. Akan tetapi, semut-semut kecil yang selalu menganggu dan merosakkan boleh dibunuh.

Ada juga yang berpendapat bahawa membunuh semut bukan dengan cara membakar tetapi dibolehkan dengan menggunakan racun serangga.

0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in