Takziah untuk Anwar dan keluarga



Takziah untuk DS Anwar dan keluarga di atas pemergian ayahandanya Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman pagi tadi.
Tentunya amat menyedihkan bagi bagi DS Anwar kerana saat pemergian ayahnya, beliau terkurung di penjara.
Jabatan Penjara memberi keizinan DS Anwar menziarahi jenazah bapanya dan menghadiri pengebumian di Country Heights, Kajang. Beliau tiba pada 10.40 pagi bersama pegawai Penjara Sungai Buloh dan disambut Nurul Nuha.
Jenazah Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman akan dikebumikan selepas waktu Zohor. Al Fatihah…

0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in