Assalam...
Assalammualaikum..Salam Pagi Sabtu Yang Ceria..
"Ya Allah Ringankanlah Beban Kami Sekeluarga Hari Ini..Bukakan lah Pintu Rezeki Kami,,Keluarga Kami,Sahabat2 Kami..Berikanlah Nikmat Kesihatan Rohani Dan Jasmani Kami..Agak Kami Dapat Membuat Kebaikan Ya Allah.."
Amin..
"Ya Allah Ringankanlah Beban Kami Sekeluarga Hari Ini..Bukakan lah Pintu Rezeki Kami,,Keluarga Kami,Sahabat2 Kami..Berikanlah Nikmat Kesihatan Rohani Dan Jasmani Kami..Agak Kami Dapat Membuat Kebaikan Ya Allah.."
Amin..
Hari ni saya nak share resepi apam susu yang paling mudah nak buat. Dah ramai pun yang share resepi apam susu ni..banyak versi juga resepinya..Cumanya cara saya buat ialah guna apa yang ada jer..Tak payah pakai mixer, tak perlu timbang-timbang..cuma sukat guna sudu, cawan dan blend jer..yang penting ada periuk kukus..buat apam susu ni tak perlu nak guna oven..bukan saja mudah, yang pastinya insyaaAllah menjadi resepi ni..
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor/pasir
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovallette
4 sudu besar susu pekat manis
4 biji telur
2 sudu minyak masak
Pewarna makanan
Cara-caranya:
1. Pukul atau blend telur bersama gula, esen vanilla dan ovallette hingga kembang.
2. Masukkan susu pekat manis dan pukul lagi hingga sebati.
3. Tuangkan adunan ke dalam bekas, dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kaup balik sehingga sebati dan akhir sekali masukkan sedikit minyak masak.
4. Asingkan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna yang anda ingini.
Tips:
Jika anda inginkan corak seperti di atas, mulakan tuang adunan ke dalam loyang dari tengah dan selang selikan mengikut warna. Setelah habis adunan dituang, ambil sebatang lidi dan dan buat garisan dari tepi loyang ke tengah untuk hasilkan bentuk kelopak bunga.
5. Setelah selesai, anda akan lihat rupa adunan apam sebelum dikukus seperti di bawah. Pastikan pengukus telah dipanaskan terlebih dahulu dan kukus selama 45 minit-60 minit atau sehingga apam masak. Periksa dengan cucukan garfu. Jika telah masak, garfu yang dicucuk kelihatan bersih dan tidak melekat dengan adunan.
Untuk pastikan wap air tidak menitik di atas apam semasa dikukus, boleh tutupkan bahagian atas loyang secara longgar dengan aluminium foil atau lapik bahagian dalam tudung pengukus dengan kain dan kukus dengan api sederhana. Jika tidak, apam mungkin akan kelihatan menggelembung atau permukaannya tidak rata dan cantik. Selalunya apam akan naik dua kali ganda dengan adunan asal.
Abaikan berkedut sedikit permukaan atas apam nie...yang penting ianya sedapppp
Senang je nak membuatnya, kan?
Lepas ni bolehla cuba yer...
SELAMAT MENCUBA!!
Nymm nymmm.. nmpk ja pun da sedap... :)
ReplyDelete