KEBAIKAN DAN KEBURUKAN VITAMIN C

Ramai yang percaya pil dan suntikan vitamin C mampu mengekalkan awet muda. Tekstur kulit tampak cantik, halus, mulus dan tegang. Selain itu juga Vitamin C memberikan keajaiban untuk mengekalkan tahap kesihatan seseorang. Walaubagaimanapun, pengambilan vitamin C sudah dikaji sejak sekian lama. Hasilnya ia bukan hanya sekadar testimonial tetapi keputusan hanya untuk sistem kulit. Kesan lain tidak dapat dipastikan secara konsisten dan bukti kukuh terhadap maklum balas lain.
Mungkin juga ada tidak tahu, pengambilan vitamin secara berlebihan boleh menyebabkan kematian terutama apabila diambil melebihi 833 gram (gm) bagi dewasa yang mempunyai berat badan 70 kilogram. Selain itu pengambilan secara berlebihan juga sangat bahaya pada pesakit ginjal dan boleh juga membawa kematian. Kesan sampingan akan berlaku secara pasti pada hampir keseluruhan individu yang mengambil dos melebihi 3 gm sehari dan biasanya akan mengalami cirit birit.
Bagaimanapun, penggunaan atau pengambilan vitamin C sama sekali tidak dihalang, sebaliknya pengguna perlu lebih berhati-hati dan mendapat penjelasan yang lengkap dan jelas sebelum mengambilnya.
Apatah lagi, tiada siapa dapat menyangkal kebaikan vitamin C kepada sistem tubuh badan manusia kerana ia membantu tubuh berfungsi dengan normal. Ini berikutan, badan tidak mampu menyimpan vitamin C, disarankan supaya mendapatkan vitamin C setiap hari.
Bukan saja ia terkenal untuk kesihatan badan, tetapi turut memberi impak positif kepada kecantikan seseorang. Justeru, ada sanggup berhabisan beribu-ribu ringgit dan berlumba-lumba untuk mendapatkan sumber vitamin C tidak kira secara semula jadi; bentuk pil atau suntikan serta sebagainya kerana yakin dengan khasiatnya.
Vitamin C juga diketahui mempunyai fungsi anti oksidan iaitu dapat mencegah sel badan daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Selain itu, vitamin C juga penting untuk pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyokong sebahagian sel supaya dapat memberi struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit serta tisu badan disamping membantu penyerapan zat besi.
Tetapi yang membimbangkan, dalam keghairahan mengejar ‘nikmat’ daripada vitamin C ada mengambil jalan singkat dengan mengambil dalam kuantiti atau dos berlebihan. Sangka mereka, lebih banyak lebih baik, tetapi sebaliknya sehingga memberi risiko tinggi dan memudaratkan diri. Jika seseorang itu mengambil lebih vitamin C daripada keperluan sebenar badan, vitamin C berlebihan itu akan dikumuhkan daripada badan melalui air kencing.


0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in