Roh Orang Berhutang




Tahukah kamu, dengan berhutang itu boleh jadi akan menjatuhkan air muka dan peribadi seseorang. Oleh itu, setiap yang berhutang perlu mengetahui hak mereka dalam menjelaskan hutang mereka.

Seseorang yang hendak berhutang perlu berfikir panjang semoga tidak akan melakukannya kecuali jika benar-benar terdesak.

Mereka yang berhutang atau ingin berbuat demikian renungilah perkara-perkara berikut:-

  • Hutang adalah hak seseorang tertentu dan hak wajib dipulangkan dengan sempurna serta ditentukan masa untuk menjelaskannya. Maka janji itu WAJIB ditepati tanpa berlengah-lengah. Rasulullah s.a.w. mengingatkan perbuatan melengah-lengahkan itu adalah suatu kezaliman sebagaimana sabdanya yang memberi erti orang yang melengah-lengahkan penjelasan hutangnya, sedangkan ia mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian, adalah seorang yang zalim.
  • Roh seseorang yang berhutang tergantung antara langit dan bumi (tidak menuju ke tempat yang mulia) sehinggalah dibayarkan balik hutangnya itu. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:
"Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya, maka tergantung-gantunglah antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dijelaskan hutang itu."

Oleh itu, sesiapa dari umat Islam yang meninggal dunia, wajib disegerakan pembayaran hutangnya sebelum dibahagi-bahagikan pusaka peninggalannya. 

Nabi Muhammad s.a.w. yang mengasihi umatnya mengajar doa supaya umatnya tidak berhutang. Doanya bermaksud:

"Ya Allah, ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang yang berat dan 
kekerasan orang yang kejam (zalim)."

Sumber: Syiar Islam, 13 Januari 2006/13 Zulhijjah 1426

--------------------------------------------------------------------------
Hamba rasa cuma orang yang benar-benar terdesak yang akan berhutang. Cuma satu yang hamba ingin ingatkan, janganlah kita mengambil kesempatan terhadap orang. Kadang-kadang kita ber'geng' dengan orang lain, masa susah tak cari geng, tapi cari kawan lain yang nampak macam boleh 'pow'. Tak baik macam tu, bila kawan, susah senang bersama. Takkan tak janggal bila kita ada geng dan ada satu kawan yang kita anggap 'bank'. Asal hutang mesti nak cari dia, lainlah kalau memang dia buka bank!

Dalam surah Al-Baqarah, sebahagian dari ayat 282 ada mengatakan 

"...dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil mahupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih dapat menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah mu'amalahmu itu),..."

Oleh itu, kalau kita terdesak dan terpaksa berhutang, jangan lupa untuk menulisnya dan membuat perjanjian bilakah waktu akan membayarnya. Sekurang-kurangnya orang yang pemberi hutang akan lebih lega dalam memberi hutang dan juga yang meminta hutang itu akan lebih bertanggungjawab ke atas hutang yang diambil.

Semoga pembaca mendapat manfaat dari pembacaan hari ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri.

*Oleh itu sahabat – sahabat sekalian, marilah kita menghindari sifat suka berhutang dan melambat – lambatkan bayaran hutang sebelum kita menyeksa roh kita sendiri

1 comments:

  1. Banyak yang diingatkan mengenai hutang ni, berwaspada lah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in