RESEPI : KEK COKLAT PUDING KARAMEL


Sedap woo kek ni bila makan sejuk2.. sebab kek ni kena simpan dalam peti ais..
 sebab ada karamel la katakan..ewahhh.. hehehe

Ni resepinya ye :


KEK COKLAT PUDING KARAMEL


BAHAN KARAMEL:

STEP 1:
2 sudu besar gula pasir ditabur dalam loyang

STEP 2:
Buka api perlahan dan buat gula hangus atas dapur gas

STEP 3:
( Bahan B )


1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
2 biji telur ( putih & kuning )

STEP 4:
Kacau perlahan semua bahan B dan tapis ke dalam loyang gula hangus tadi

STEP 5:
Bakar karamel secara steam bake pada suhu 180c selama 15 minit


BAHAN KEK CHOCOLATE MOIST

Bahan A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair 
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

CARA PENYEDIAAN:

Satukan semua bahan dalam periuk, kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dengan api perlahan sambil dikacau hingga sebati. Padamkan api dan rehatkan sekejap.

Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bahan diatas di ayak

Bahan C
4 biji telur- pukul dgn whisk atau blend  (aku blend sekejap)

CARA PENYEDIAAN:
Satukan BAHAN B dan BAHAN C ke dalam BAHAN A secara berselang seli dan gaul sebati dgn whisk atau senduk.
Tuangkan adunan ke dalam loyang karamel tadi
Bakar secara steam bake pada suhu 180c selama sejam atau hingga masak..bergantung kpd oven masing2.
Dah masak, biar kek sejuk atau hingga kek merenggang baru diterbalikkan kek.
Sedia dihidangkan

* Note : Zie guna kaedah mengukus..kukus puding karamel 15 minit lepas tu tuangkan adunan kek coklat dan kukus selama 40 minit..siap ^__^

0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in