Haaa!!! atas ni.. gambar cucur gebu yang aku buat minggu lepas.Maklumlah lah dah berkumpul ramai2 cucur panas2 memang sedap. kadang2 petang2 tu mood dan angin ok.. dah masak lunch .... En.cayang bley dapat makan plak supper cucur panas mcm ni ngan teh panas... masa tu .. aku la bini yang sempurna.. sayang abis lah kat dia tuh... tak masak pun sayang jugakkk... Bagi anda yang tak pernah cuba, anda boleh cuba resepi yang memang mables dari Chef Amer .
Cucur Gebu Mcm Saya Chef Amer
Bahan-bahan:-
1 kg. Tepung
10. gm. yis
10. gm. baking powder
2. bj. Telur
10. gm. Garam
5. gm. Gula
15. gm. Udang kering kisar
1. liter. Air
1. bj. Kentang disagat
1/2 btg. Carrot disagat
2. bj. Bwg besar dicincang
6. bj. Cili merah dicincang
10. btg. Daun sup dicincang
50. gm. Tauge
500 gm. Udang segar dibuang kepala
Caranya:-
Satukan semua bahan diatas dan Goreng dengan minyak sederhana panas hingga keemasan dan rangup..Angkat dan toskan..Siap untuk dihidangkan bersama sos cili! Selamat mencuba resepi senang ini!
.
0 comments:
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.