JENIS CHOCOLATE

Mari mengenali jenis coklat masak...


COKLAT PUTIH @ WHITE CHOCOLATE 

*Coklat ini dihasilkan daripada mentega koko,gula,susu,emulsifier dan vanilla.
*Sewaktu mencairkan dengan berhati-hati kerana ia mengandungi lemak coklat yang sedikit.
*Ia mengandungi pepejal koko yang sedikit.
*Ia juga mempunyai rasa yang enak dan lembut.
*Coklat putih boleh digunakan dalam hiasan dan dekorasi pada kek.
*Boleh juga digunakan dalam pembuatan pelbagai jenis pencuci mulut.



COKLAT SUSU @ MILK CHOCOLATE


*Ia mempunyai rasa yang manis dan lemak.

*Sesuai digunakan dalam coklat buatan tangan@ homemade coklat.
*Coklat jenis ini tidak sesuai digunakan dalam masakkan.
*Coklat susu mudah hangus bila dicairkan kerana kandungan coklat yang sedikit
*Ia mengandungi 20% mentega koko dan 12% pepejal susu.
*Ia sesuai untuk biskut.





COKLAT GELAP @ DARK CHOCOLATE


*Ia mempunyai rasa sangat sedap.
*Ia sesuai digunakan dalam masakkan.
*Coklat ini mangandungi mentaga koko,gula dan emulsifier.
*Coklat ini tidak mengandungi susu.
*Rasanya pahit-manis atau pun tidak manis merupakan ciri-ciri pelbagai coklat gelap ini.





BITTERSWEET CHOCOLATE@COKLAT PAHIT MANIS


*Ia mempunyai rasa yang pahit manis.
*Coklat ini mengandungi 35 % pepejal coklat.
*Coklat pahit manis yang tinggi kualiti mengandungi 60% - 80% pepejal koko.
*Kualiti pepejal koko bergantung pada setiap jenama coklat itu.
*Jika kandungan pepejal koko lebih tinggi berbanding gula ia memberi rasa coklat yang mewah,padat dan lebih rasa coklatnya.
*Selalunya ia digunakan dalam masakkan seperti buttercream,frosting,ais krim,sos coklat dan dessert.





UNSWEETENED CHOCOLATE@COKLAT TIDAK MANIS

*Ia mempunyai rasa yang pahit.
*Coklat ini tidak mengandungi gula.
*Kandungan coklat ini 100% pepejal koko.
*Mana kala separuhnya daripadanya mungkin mengandungi mentega koko.
*Tidak sesuai untuk di jadikan coklat homemade.
*Ia sesuai digunakan dalam masakkan seperti dalam dessert,buttercream,frosting dan filling.



SWEET DARK CHOCOLATE@COKLAT GELAP MANIS


*Ia mempunyai warna gelap yang terang sedikit daripada dark chocolate.
*Rasanya pahit manis.
*Ia juga mempunyai rasa yang agak sama dengan semi-sweet chocolate.
*Agak sukar untuk membezakan antara sweet dark chocolate dan semi-sweet chocolate kerana rasa yang agak same.
*Ia cuma dapat dibezakan dengan warna coklat.
*Iaitu sweet dark chocolate agak gelap sedikit berbanding semi-sweet chocolate.
*Sesuai digunakan dalam masakkan seperti kek,dessert,frosting dan topping.





SEMI-SWEET CHOCOLATE@COKLAT SEPARA MANIS


*Mempunyai rasa manis sedikit pahit.
*Rasanya agak sama seperti coklat gelap manis.
*Senang di dapati kedai runcit dan pasaraya.
*Ia juga boleh digunakan sebagai gantian coklat gelap manis,jika tiada coklat gelap manis.
*Coklat ini selalunya mengandungi 40% - 62% pepejal koko.
*Sesuai di gunakan dalam masakkan seperti kek,cookies,brownie dan biskut.


Selamat berkenalan....

0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in