BAKAR CARA SEAM BATH / BAIN MARIE

DULANG YG LEBIH BESAR DI LETAKKAN AIR PANAS
LETAKKAN DULANG KEK ATAS/DLM DULANG STEAM BATH YG LBH BESAR
- TUJUAN SUPAYA KEK TIDAK HANGUS TERUTAMA KEK BERASASKAN KEJU







*Ade juga orang panggil selain Water Bath iaitu Bain Marie @ Steam Bake.
*Cara ini sesuai untuk masak puding karamel,kek karamel pelangi,cheesecake@japanese cotton cake.
*Jika menggunakan loyang "springfrom" iatu loyang yang berpatri harus dibalut dasar dan keliling loyang dengan kertas aluminium.
*Supaya air tidak meresap masuk dalam loyang.
*Masak guna api bawah agar kek lebih gebu dengan suhu yang rendah 160'-170'c.( ikut oven msng2 )
*Cara ialah :
-Guna 2 loyang saiz besar n kecil sedikit.
-Loyang bersaiz besar di isi air kemudian letak loyang saiz kecil sedikit yang berisi adunan kek didalam loyang yang berisi air tadi.
-Pastikan guna air panas yang baru mendidih.
-Pastikan jangan buka pintu oven semasa proses membakar.
-Bila kek dah masak JANGAN keluarkan dari oven.
-Biar kek sejuk sendiri dalam oven supaya elakkan kek jadi mendap.
-Jika kek terus di keluarkan oven akan menyebabkan mendap kerana perubah suhu secara mendadak.
-Jika proses membakar sudah 1jam tutup permukaan kek dengan kertas aluminium supaya permukaan kek mendapat warna yang cantik.
-Cara masak guna water bath untuk kek yang menggunakan keju @ karamel supaya dapat mengekalkan tekstur kek yang lembut.
-supaya kek tidak hangus dan berkerak di keliling,dasar dan permukaan kek.
-Kerana Adunan kek yang menggunakan keju@karamel ia mempunyai tekstur yang lembut.

0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in