Cara Memilih Cili Kering



Bagi peniaga makanan, suri rumah atau suri dapur yang sering ke pasar, pasti anda melihat pelbagai jenis cili kering dengan rupa bentuk dan harga yang berbeza. Ada yang merah berkilat, merah gelap dan berkedut atau bersaiz besar dari biasa. Yang manakah menjadi pilihan anda?

Mari kami kongsikan jenis cili api mengikut bentuk dan rupanya. Cili kering yang berwarna merah dan berstruktur berkilat memang cantik dipandangan. Tetapi jenis cili kering ini sangat pedas daripada cili kering yang lain. Pada mereka yang sukakan pedas sesuai menggunakan cili kering ini dalam masakan. (Rujuk Gambar A)

Bagi para peniaga dan mereka yang gemar sambal yang kurang pedas, pilih cili kering yang berwarna merah gelap dan berkedut. Cili kering jenis ini lebih sesuai dengan selera pelanggan kerana tidak terlalu pedas. Kami juga lebih gemar menggunakan cili kering jenis ini dalam masakan. Lebih menepati citarasa semua. (Rujuk Gambar B)

Manakala bagi mereka yang suka makanan yang bersambal tetapi tidak tahan pedas, cili kering gemuk sesuai untuk anda. Cili kering ini saiznya luar biasa daripada biasa dan jarang didapati di pasaraya. NSK adalah rujukan salah satu pasaraya yang menjual cili kering jenis gemuk ini. 

Pernah tak perasan kalau kat pasar besar selalunya warga india menjual lada kering terdpt 3 bekas berlainan... dan bila diperhatikan bentuk fizikal berbeza..adayang licin, menggerutu/kerinting dan jenis pendek bulat..

Jom kenali Jenis-jenis cili kering.... biasanya lada kering pilihan saya dan mak mesti yang berkerinting sbb kurang pedas..ni pun siap bawak stok lada kering dr msia lagi... artikel ni saya perolehi dr http://tipbisnesmakanan.blogspot.com/…/tip-bisnes-makanan-c….. semoga bermanfaat
Bagi peniaga makanan, suri rumah atau suri dapur yang sering ke pasar, pasti anda melihat pelbagai jenis cili kering dengan rupa bentuk dan harga yang berbeza. Ada yang merah berkilat, merah gelap dan berkedut atau bersaiz besar dari biasa. Yang manakah menjadi pilihan anda?
Mari kami kongsikan jenis cili api mengikut bentuk dan rupanya. Cili kering yang berwarna merah dan berstruktur berkilat memang cantik dipandangan. Tetapi jenis cili kering ini sangat pedas daripada cili kering yang lain. Pada mereka yang sukakan pedas sesuai menggunakan cili kering ini dalam masakan. (Rujuk Gambar A)
Bagi para peniaga dan mereka yang gemar sambal yang kurang pedas, pilih cili kering yang berwarna merah gelap dan berkedut. Cili kering jenis ini lebih sesuai dengan selera pelanggan kerana tidak terlalu pedas. Kami juga lebih gemar menggunakan cili kering jenis ini dalam masakan. Lebih menepati citarasa semua. (Rujuk Gambar B)
Manakala bagi mereka yang suka makanan yang bersambal tetapi tidak tahan pedas, cili kering gemuk sesuai untuk anda. Cili kering ini saiznya luar biasa daripada biasa dan jarang didapati di pasaraya. NSK adalah rujukan salah satu pasaraya yang menjual cili kering jenis gemuk ini

1 comments:

  1. Bagus juga info ni.. saya selalu ditugaskan beli brg2 daput termasuk cili kering ni. Thanks sharing kak Mas.. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in