RESEPI BUTTERCREAM 2


CHOCOLATE CREAM CHEESE FROSTING

Bahan 
1/4 cwn butter
1/2 cwn serbuk koko
500g cream cheese
2 cwn gula halus
1 sudu teh esen vanilla

Cara
1.Putar cream cheese bersama butter hingga lembut.
2.Masukkan esen vanilla dan serbuk koko,putar sebati.
3.Masukkan 1 cwn gula,putar sebati.
4.Akhir sekali masukkan baki gula tadi,putar sebati.



CREAM CHEESE FROSTING
Bahan
500g cream cheese
1/2 cwn butter
1 1/2 cwn gula halus
1 sudu teh esen vanilla

Cara
1.Putar cheese cream bersama butter hingga lembut.
2.Masukkan esen vanilla,putar sebati.
3.Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga sebati.




CHOCOLATE BUTTERCREAM FROSTING
Bahan
3 cwn gula aising
1/2 cwn serbuk koko
1/2 sudu teh garam
1 cwn butter tanpa garam ( unsalted butter )
1 sudu teh esen vanilla
4 sudu besar susu segar

Cara
1.Campurkan serbuk koko,garam dan gula,ayak.(ketepikan(
2.Dalam mangkuk lain putar butter selama 3-4minit dengan kelajuan sederhana.
3.Masukkan campuran gula tadi dan esen vanilla,putar sebati dengan kelajuan perlahan.
4.Masukkan susu,putar 3-4minit hingga sebati.
5.Untuk salut kek.




KRIMWELL BUTTERCREAM
Bahan
250g krimwell
250g butter
110g gula halus
2 sudu besar susu segar

Cara
1.Putar krimwell dan butter hingga kembang gebu dengan kelajuan maksima.
2.Masukkan gula dan susu,putar sebati dengan kelajuan sederhana.
3.Untuk salut kek dan bentuk bunga.

P/S:klu utk bunga tambah sikit gula supaya cantik tak lembut sangat n mudah utk bentuk bunga.
*Ambil sedikit adunan dan tambah sedikit gula utk bunga.






CREAM CHEESE FROSTING
Bahan
500g cream cheese
1/2 butter
1 sudu teh esen vanilla
1 1/3 cwn gula halus
2 sudu teh pewarna ( ikut suka )
Cara
1.Putar cream cheese bersama butter hingga lembut.
2.Masukkan esen vanilla,putar sebati.
3.Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil putar hingga sebati.
4.Tuang pewarna ,gaul sebati.



PIPING GEL
Bahan
1/3 cwn gula halus
1 sudu besar tepung jagung
1/4 cwn jus lemon
1/4 cwn air
2-3 titik pewarna

Cara
1.Campurkan tepung jagung bersama 2 sudu besar air,kacau sebati.
2.Masukkan gula dan air dalam periuk,masak dengan api perlahan hingga gula larut.
3.Masukkan jus lemon dan bancuhan tepung jagung tadi,kacau sebati hingga likat.
4.Tutup api,angkat dan biarkan sejuk.
5.Bila dah sejuk titik pewarna ,gaul sebati.



0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in