DIBAWAH INI IALAH CARA CARA UNTUK BUAT DOUBLE BOIL/MENCAIRKAN COKELAT


1. masukkan air kedalam periuk separuh penuh, panaskan diatas api
2. cincang coklat compound kecil2 supaya mudah hancur dan masukkan kedalam stainless steel bowl
3. setelah air mendidih, tutup api dan letakkan stainless steel bowl yang mengandungi coklat di atas periuk tadi. Untuk coklat putih dan milk coklat biarkan seketika baru letakkan bowl diatas periuk kerana suhu lebur coklat lebih rendah dari dark coklat
4. kacau dengan spatula hingga semua coklat cair
5. setelah semua coklat cair, angkat bowl dari periuk dan tuang coklat kedalam piping bag.
Lap dulu bawah bowl supaya air tidak menitik kedalam piping bag ketika menuang coklat
6. kaedah ini hanya sesuai dengan coklat compound, coklat courveture perlu menggunakan kaedah tempering

TENIK DOUBLE BOIL
Teknik double boil adalah satu kaedah untuk mencairkan coklat tanpa mengubah dari segi rasa dan warnanya. Selalunya teknik ini menggunakan periuk khas bertingkat yg boleh dibeli di kedai peralatan masakan/dapur. Periuk ini selain digunakan untuk mencairkan coklat boleh juga digunakan untuk membuat kaya atau kastad sos.
Jika tiada periuk khas ini, boleh juga gunakan 2 sauce pan [periuk leper] yg mana sauce pan yg lebih besar diisikan air manakala sauce pan yg kecil dimasukkan coklat yg telah dipotong kecil dan letakkan dalam yg besar yg berisi air tadi. Masakkan dengan api sederhana sambil mengacaukan sehingga coklat cair. Bila coklat dah cair boleh masukkan sedikit cocoa-butter atau majerin atau minyak.
Jika tiada 2 sauce pan..sebagai ganti boleh gunakan 1 sauce pan dan 1 mangkuk tahan panas..
atau tiada sauce pan..gunakan jer kuali dan isikan sedikit air..
cara memasaknya adalah sama...

0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in