KENAPA LAMPU TRAFFIC BERWARNA MERAH,KUNING DAN HIJAU

Selama ini ketika kita berhenti di lampu isyarat, pernahkah anda terfikir kenapa warna lampu isyarat di seluruh negara ialah merah, kuning dan hijau?Jika anda belum tahu jawabannya, mari simak lampu TL yang berwarna merah kuning hijau tersebut.




Pada permulaannya, lampu isyarat digunakan untuk keretapi dengan warna merah sebagai berhenti, hijau sebagai berhati-hati dan putih ialah bergerak. Namun, ia memberikan masalah apabila bekas warna lampu isyarat tertanggal yang menyebabkan pemandu keretapi mengangap isyarat sebagai putih iaitu bergerak. Keadaan di waktu malam juga berbahaya kerana ada yang tersilap melihat bulan penuh sebagai lampu putih dan sukar dilihat pada siang hari.

                                                             Lampu Isyarat Pertama Di Dunia


Akhirnya lampu isyarat di jalan raya diperkenalkan dengan warna merah dan hijau sahaja di London pada 1868 dengan menggunakan lampu gas. Ia diperkenalkan oleh J.P. Knight dan dibina oleh syarikat jurutera keretapi Saxby & Farmer. Namun, lampu ini mudah meletup dan mengakibatkan polis yang mengawal lampu isyarat cedera. Oleh itu, lampu isyarat tidak digunakan sehinggalah lampu isyarat beroperasi menggunakan mentol elektrik.

                                           Antara Lampu Isyarat Terawal Di Amerika Syarikat

Lampu isyarat elektrik dibina pada 1912 oleh Lester Wire, seorang anggota polis di Amerika Syarikat dengan menggunakan warna merah dan hijau. Akhirnya warna kuning ditambah bagi memberi maksud berhati-hati serta mengatasi masalah lampu putih yang mudah mengelirukan pemandu. Pada 1923, Garrett Morgan mempatenkan versi lampu isyaratnya yang akhirnya dibeli oleh syarikat General Electric dengan harga USD 40 000.

Pada masa ini, lampu isyarat telah dipertingkatkan dengan menggunakan lampu LED yang lebih jelas dilihat dan lebih tahan berbanding lampu mentol dengan skrin berwarna yang akan luntur warnanya. Lampu isyarat berwarna merah juga ditambah sedikit warna oren dan hijau ditambah sedikit warna biru bagi membantu pemandu yang buta warna.


10 comments:

  1. oooo baru tahu...

    lampu isyarat asal ada kaler putih

    ReplyDelete
  2. Tak pernah tau asal usul lampu isyarat ni Mas, baru ni la baca... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sembang pagi ngan en.cyg terus tanya pak google terus buat entry nie...

      Delete
  3. Hahaha Lya pon aderbacagak dulu dlm Mr Google pasal lampu isyarat ni..Tapi ingat2 lupa la Zie..Ni bila Zie buat blk ttg ni ingat balik ... MERAH KUNING HIJAU ..Akif anak bongsu Lya selalu tanya kenapa takder BIRU ya UMI ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...anak2 mesti nak warna kesukaannya,yg si IRFAN pula nape kuning x OREN bu..kuning ngan oren kat nak sama ler...tak adik nk oren juga.....sabar aje anak skg...kt msia lain..kuning utk tambah speed... :D

      Delete
  4. nice fact :D

    goodnight kak ^^

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yg sungguh menarik.. thanks sharing kak Mas.. :)

    ReplyDelete
  6. Nice sharing Kak Mas. Sebelum ni x pernah amik taw pun kenapa t.light kaler merah, hijau dan kuning. Hihihihi..... (^^,)

    ReplyDelete
  7. warna memainkan peranan penting dalam penglihatan :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in