RESIPI :Cucur Tahu + Udang Lembut

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum^^



Bersua lagi di ruangan ini. Hari ini entry MZ bertajuk "Cucur Tahu dengan Udang" Lembut. Cucur , jemput-jemput atau nama tak glamournya cekodok, menjadi hidangan sarapan pagi dan minum petang yang popular dikalangan masyarakat kita. Cucur diperbuat dari tepung gandum dan dicampur pelbagai bahan lain bagi menambahkan rasa dan kelembutannya. Antaranya cucur bawang,cucur bilis,cucur pisang, cucur jagung dan lain-lain. Hidangan ini mudah disediakan kerana anda hanya perlu menggaul dan mengoreng. Bagaimana untuk mendapatkan cucur yang lembut, tidak keras dan liat seperti biasa. Ha, rahsianya ialah dengan menggunakan air panas yang baru lepas mendidih. Dengan menggunakan air panas, tepung menjadi setengah masak dan apabila digoreng, ia menjadi ringan dan lembut isinya. Kulit luarnya pula menjadi rangup dan garing.Cucur ini juga enak dicicah bersama sambal kicap. kalau nak tahu macam mana rasa.. kenalah cuba ya... hehe.. udah ler tu, Jom! Salin resipi! Ikhlas dariku buat semua.. :))) 
You all terbaik!


Rangup di luar! Lembut di dalam! A must Try guys!

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air panas
sedikit air paip, jika perlu
sedikit hirisan bawang merah
2 biji Tahu   ~dadu
1 batang lada merah ~dadu
sedikit isi udang, dicincang
daun kucai
sedikit garam

2 cawan minyak, untuk menggoreng

Cara Membuatnya :
1. Satukan tepung, garam, bawang ,tahu, isi udang dan daun kucai ke dalam sebuah mangkuk.
2. Tuangkan air panas dan gaul hingga basah. Jika kurang basah, tambah sedikit air paip.
3. Adunan menjadi seakan berketul dan 1/2 masak.
4. Bulat-bulatkan adunan kecil-kecil.
5. Panaskan minyak dan masukkan cucur. Goreng hingga kekuningan.
6. Angkat dan toskan.

Sambal Kicap:
1 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 sudu besar gula
3 sudu besar kicap pekat

Cara Membuatnya:
1. Tumbuk bawang putih, cili padi dan gula hingga lumat.
2. Masukkan kicap dan gaul sebati. Hidangkan bersama cucur bilis.

8 comments:

  1. jujur,sue x pandai masak,apatah lagi nak kongsi resepi hihi..menarik resepi ni inshaallah..akan mencuba..terima kasih perkongsian yg bagus dan ringkas untuk seisi keluarga..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Syuhada...akak xlah pandai sgt pon..yg mana tahu nk juga share kat sini....:-)

      Delete
  2. ooo mcm tu ke? sedapnya nanti boleh try,tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. mkn lah resepi westen ...sekali sekala nk juga cekodok canggih nie....

      Delete
  3. Wahh.. ini pun buat makan time petang2 sungguh syok ni.. bestnya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cekodok panas2 mkn ngan anak2..walawehh sedap hgga menjilat jari..:)

      Delete
  4. sedap makan panas² cicah sambal manis pedas :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in