Udang Sambal Sayur Leek

Assalamualaikum..

Sayur leek yang dikategorikan dalam keluarga bawang putih,mempunyai banyak khasiatnya,antaranya....melindungi anda dari kanser prostate,kanser rahim dan kolon.Bahkan ia juga membantu menurunkan paras darah tinggi dan menaikkan taraf kolestrol yang baik.Daun hijau pada leek bersifat antioksidan.

Oyster mushroom juga memainkan peranan pengoxidan dan tinggi serat fiber..Ia juga melindungi anda dari kanser.

MasZie berkongsi Resipi Sambal Udang Sayur Leek. Resipi ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan makan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi gabungan ketiga2 bahan didalam menu sambal saya hari  ini.. 

                                        

Bahan-bahan: 
10 batang cili kering 
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih

Udang Segar 
Air asam-1/2 cawan 
Minyak untuk menumis
2-3 sudu Oyster,Garam dan gula secukup rasa
Sedikit belacan
1 Labu Bawang Besar - Dihiris
2 batang leeks

Cara menyediakan:
1- Blend bawang putih, bawang merah dan cili kering (cili kering yg telah direbus ), kisar sehingga hancur bersama-sama dengan air.

2- Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar..
3- Tumis sehingga garing dan naik minyak.. masukkan udang, sedikit belacan,Oyster, gula dan garam secukup rasa.
4-Masukkan sayur leek
5- Masukkan air asam, biarkan mengelegak dan masukkan bawang besar yang telah dihiris. Tunggu hingga sambal naik minyak dan pekat. Hidangkan..



~gambar kompilasi dari Google ~

 (terdapat 2 jenis leek -australian leek dan chinese leek...disini saya menggunakan chinese leeks) di potong selebar 3 inci dihiris panjang



4 comments:

  1. Fuhh sedap buat makan tengah hari atau malam di rumah ni.. mau tak cukup nasi sepinggan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ikan masin mkn ramai2 sambil rebut2 mmg x sedar bertambah2 nasi dan lemak pon...:)

      Delete
  2. Wah wah wah sedapnyerrr ,
    Selera betul nampak ..
    Nak tumpang makan di angin lalu la hehehe..
    Rajin Zie masak ..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in