PERBEZAAN BUTTER & MARJERIN



Kedua-dua digunakan dalam resepi roti dan kek.

Harga butter adalah lebih mahal berbanding margerin. Sebab itu harga kek mahal kerana kek menggunakan butter. Margerin tidak sesuai digunakan dalam kek kerana margerin ada bau yang kurang enak.

Apa yang dapat disimpulkan kedua-dua butter dan margarine ini mengandungi saturated-fat dan trans-fatty acid yang juga meningkatkan kolesterol jahat iaitu kolesterol LDL. Namun dalam trans-fatty acid ada kolesterol HDL..kolesterol baik..nampak macam baik...namun bagi aku...biarlah kita pilih yang lebih natural iaitu butter daripada margarine yang artificial/modified..walaupun kandungan saturated-fatnya tinggi daripada margarine.... Namun terpulang kepada anda dalam membuat pilihan dalam pemakanan anda..

Margerin sesuai digunakan untuk membuat roti.

Mentega, adalah makanan semula jadi dan salah satu sumber terbaik vitamin lemak tepu penting. Anda akan membayar lebih untuk mentega, tetapi berkhasiat dan untuk ketulenan, ia adalah terbaik.

BUTTER/MENTEGA
bahan utama:
- mengandungi lemak haiwan(lembu) dan kolesterol
- mengandungi saturated-fat(lemak tepu)
Butter adalah produk semulajadi yang tidak mengadungi trans-fatty acid. Butter adalah sumber vitamin larut lemak seperti vitamin A,D,E dan K. Semua ini tidak ada dalam margarine.Namun anda perlu tahu bahawa kandungan vitamin dalam setiap butter adalah berbeza kerana bergantung kepada nutrisi haiwan tersebut.Butter juga mengandungi pepejal susu menjadikannya berwarna sedikit cerah/putih berbanding margarine. Saturated-fat yang berada dalam butter dapat meningkatkan kolesterol LDL iaitu kolesterol yang jahat. Peningkatan kolesterol LDL ini dapat meningkatkan keseluruhan kolesterol dalam badan kita.
.............
MARGARINE
bahan utama:
-mengandungi lemak sayuran
-mengandungi trans-fatty acid ( asid lemak-trans)

Produk ini bukan bersifat semulajadi walaupun ianya berasal dari minyak tumbuhan. Margerin bermula dengan proses pengekstrakan kimia untuk menapis minyak tumbuhan. Minyak yang diekstrakkan akan melalui proses 'Hardening' vegetable oil by bubbling hydrogen iaitu dengan penambahan hidrogen supaya ikatan karbon menjadi tepu. Ketepuan itulah menjadikannya pepejal dalam suhu bilik. Penghasilan margarine adalah secara artificial pada suhu yang tinggi telah menyebabkan banyak vitamin yang denatured (musnah). Produk akhir yang turut terhasil adalah trans-fatty acid. Apa Trans- fatty acid ini? trans-fatty acid adalah unsaturated-fat. Ia juga meningkatkan aras kolesterol LDL dalam darah..so?? apa beza dengan saturated-fat?? Bezanya..trans-fatty acid yang merupakan unsaturated-fat ini juga mengandungi kolesterol HDL iaitu kolesterol baik...(rujuk bawah untuk keterangan lanjut kolesterol LDL dan kolesterol HDL ) Selain itu, hardening agent yang turut ditambah untuk memejalkan margarine adalah nikel dan kadmium! Nikel adalah logam yang toksin dimana lebihannya akan menyebabkan madalah pada peparu dan buah pinggang. Manakala Kadmium pula sememangnya antara logam berat yang paling toksin. Ia dapat menyumbangkan kepada masalah serius seperti arteriosklerosis,tekanan darah tinggi dan malignancy( ketumbuhan yang membawa kepada cancer

......
Shortening atau lemak sayuran mengandungi 100% lemak sayuran (ada juga dari sumber haiwan) yang beku pada suhu bilik. Bila kita membuat pastri dan menggunakan shortening ia akan menghasilkan pastry yang flaky (berlapis) hasil penggunakan lemak sayuran yang telah dilapis dengan tepung.

Bila membuat biskut shortening selalu dipukul bersama gula supaya ia dapat memerangkap udara dan dapat menghasilkan biskut yang ringan.

Shortening juga bertindak sebagai bahan yang dapat menyatukan bahan-bahan yang berminyak dan juga bahan-bahan cecair supaya ia dapat bersatu dan sebati dengan sempurna.

APAKAH SHORTENING ITU SAMA DENGAN MENTEGA?

Adakah shortening sama dengan lemak sayuran? Dan Adakah shortening boleh mengantikan butter?

Vegetable shortening adalah sama dengan lemak sayuran. Ia tidak boleh menggantikan butter terutama di dalam biskut kerana ia akan memberikan kerangupan pada biskut.
heart emoticon heart emoticon heart emoticon
KOLESTROL LDL(Kolestrol jahat!!)- Low- Density Lipoprotein. Apabila banyak kolestrol LDL berada dalam aliran darah, ia secara perlahan-lahan akan berkumpul di dinding arteri yang membekalkan darah ke jantung dan ke otak. Bersama dengan bahan lain ia akan berkumpul dan termendap membentuk plak, lapisan keras,tebal dan menyebabkan arteri darah menjadi sempit dan kurang fleksibel. Keadaan ini dipanggil arteriosklerosis ( atherosclerosis). Sekiranya ia tergumpal dan makin menyempit, maka ia akan membawa kepada sakit jantung dan strok.

KOLESTROL HDL( Kolestrol Baik (^_^) ) - high-density lipoprotein . Aras yang tinggi bagi kolestrol HDL ini akan melawan kepada sakit jantung. Hal ini kerana kolestrol HDL ini akan menyental lapisan-lapisan plak yang termendap dilapisan arteri darah. Ia bagaikan mencuci dan mencairkan lapisan plak itu dan lebihan kolesterol akan dibawa ke hati..semakin tinggi aras HDL ini semakin bagus untuk pesakit jantung...

1 comments:

  1. ape plak beza dgn minyak sapi?
    jeg jeng jeng
    ade orang prefer minyak zaitun dari minyak sapi..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in