Hari ini melalui akaun seorang pengguna Twitter, dia berkongsi gambar ibu bapa pemuda Ahmad Ammar Ahmad Azam menziarah pusara anaknya itu yang meninggal dunia 36 hari yang lepas.
Ahmad Ammar meninggal dunia dilanggar ambulans pada 2 November lepas ketika melintas jalan.
Allahyarham juga menjadi orang Malaysia pertama dikebumikan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn.
Tanah perkuburan itu juga menjadi saksi empat bersemadinya lebih 60 jasad para sahabat Nabi Muhammad S.A.W, para auliya', panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.
Jasad sahabat Rasullulah Saidina Abu Ayub Al-Ansari turut disemadikan di situ.
Dalam gambar di Twitter itu, kelihatan ayah Ammar Ahmad Azam Abdul Rahman yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malysia (ABIM) bersama ibu Ammar Nur Azlina Abdul Azizi berdiri di sebelah pusara anaknya itu yang dihiasi bunga mekar.
Penulis hari ini turut berongsi sebuah video petikan dari program Mimbar Pencetus Ummah terbitan Astro apabila menjemput Ahmad Azam dan Nur Azlina berbicara bersama penonton mengenai anaknya seorang pemuda kesayangan umat Islam Ahmad Ammar.
Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Ahmad Ammar dan semoga beliau ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang soleh dan dijanjikan syurga olehNya kelak.
Sumber : kisahbest.my
0 comments:
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.