GARLIC ROLL

GARLIC ROLL YG GEBUSSS, WANGI DAN SENANG!
(Sesuai untuk breakfast and hi-tea. Makan dgn mushroom soup lagi sedap!)
Ni resepi yang dijanjikan...




Resepi 47GARLIC ROLL

Bahan2:

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
2 sudu besar yeast
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
2-3 sudu besar olive oil


Garlic Spread
50 gram butter
2 sudu daun ketumbar cincang halus2
5 biji bawang putih di cincang halus2

- Campurkan dan kacau ketiga2 bahan ini. Siapp.

Cara buat roti:



  1. Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  2. Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik.
  3. Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang bersih dan biarkan doh rehat selama 40 - 45 minit.
  4. Doh akan naik sekali ganda.
  5. Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread.
  6. Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap.
  7. Kemudian bahagiakan doh kepada 2 bahagian.
  8. Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inci tebal berbentuk empat segi memanjang.
  9. Sapukan Garlic Spread di atasnya dan gulung.
  10. Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga
  11. Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan.
  12. Kita akan mendapat 8 potongan doh
  13. Susun doh dalam tr yang telah di sapu dgn butter hingga habis
  14. tutup semual doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
  15. Angkat kain lemabab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di doh tadi.
  16. Sapukan kuning telur pada permukaan doh taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.
  17. Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 30 minit.





                         



Walaupun ada sedikit kesakitan untuk membuat dan tidak kelihatan cantik seperti yang saya harapkan, kita masih ingat kamu decadently deliciou. Kita akan berjumpa lagi. Love uolls

~Selamat mencuba ~

0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in