'Bismillahirrahmanirrahim
Banyak sangat kenangan-kenangan indah aku di tahun 2013 yang sudah tentu akan tetap menjadi ingatan aku sampai bila-bila. Kenangan pahit pun ada juga...aku tak mahu fikir pasal tu. Biarlah ia berlalu begitu sahaja.
Berazamlah untuk mejadi hamba Allah SWT yang terbaik. Bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga seisi keluarga mendidik diri sendiri dan anak-anak untuk menjadi insan yang lebih baik pada masa hadapan.Seprti kelaziman, tiba sahaja tahun baru, semua orang mula berazam. 1001 azam di tanam dengan harapan akhir tahun terlaksana segala-galanya. Tetapi malagnya, lebih banyak azam yang terbengkalai berbanding yang berjaya. Agar azam tahun ini berjaya, marilah kita mulakan azam dengan berazam unutk melaksanakan azam yang telah kita rancang sebaiknya. Kemudian, barulah diikuti oleh azam yang lainnya.
Kenangan indah 2013 :
1. Sejak aku start blogging April 2013, aku sudah mengumpul lebih ramai teman-teman yang terdiri daripada blogger dan juga bukan blogger. Mereka terdiri daripada followe blog aku ini, pelanggan business cake/kueh dan pencita resepi . Thanks pada anda semua. Andalah sumber inspirasi untuk bekerja keras mendalami selok-belok dunia blogging dan terus mencintainya. Hidup aku bertambah ceria dengan dikelilingi teman-teman blogger yang serba sedikit mengisi ruangan hidup aku.
2. Rezeki aku murah tahun ini. Dengan adanya blog ini, aku start berani mencuba dunia perniagaan kecil-kecilan. Satu perasaan yang seronok dam membuatkan aku busy seketika dengan dunia baru ini.
3.Aku suka travelling. Alhamdullilah aku sempat berjalan-jalan ke beberapa tempat.Semua destinasi tu menjadi kenangan terindah dalam hidupku dan setiap kenangan boleh kongsi di dalam blog ini.
4.Sejak aku mengenali Facebook, aku jumpa balik kawan-kawan lama aku yang dah lama terpisah sejak zaman sekolah rendah, sekolah menengah dan teman tempat kerja dulu. Selepas itu, ada yang aku hanya contact melalui phone dan ada juga yang aku membuat pertemuan dengan mereka.
Seronok sangat. Macam-macam cerita lama terkeluar dan sudah tentu kenangan indah dalam hidup aku.
5.Aku peliklah tahun 2013 saham aku betul-betul naik.Huhuhu. Ditahun ini juga aku makin rapat dengan en cayang kerana masin2 ada ac gmail segala2 nota tinggal di situ so sweet....
Azam aku di tahun 2014 :
1.Lebih mendekatkan diri dengan Allah dan memperbanyakkan amalan akhirat. Kita hidup ni pun entah sampai bila. So. bersiap sedialah apa saja amalan. Insya Allah semoga doaku dimakbulkan Allah.
2.Ingin selalu disayangi dan dikasihi oleh sesiapa sahaja yang dekat dengan diriku sama ada keluarga, teman-teman dan orang tersayang.
3.Bekerja keras untuk membantu En.cyng.Memberi yang terbaik kepada Keluarga yang aku sayangi.
4.Azam nak ge UMRAH. Kalau rezeki dah sampai...tentulah itu yang aku harapkan. Semua tu rezeki Allah. Jika pintu rezeki tu nak datang...tentulah ia akan datang juga. Insya Allah. Doakanlah yang terbaik untuk aku dan masa depan aku dan kelurga ku...itu semua urusan Allah.
HAPPY NEW YEAR and be safe!
'Alhamdullilah'
0 comments:
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.