Resepi 48 ❤ TaufuFa❤
Bahan-bahan:
1 paket serbuk tao huay
2500ml susu soya
50g gula
500ml air
Daun pandan beberapa helai
Cara menyediakan:
1.Dalam periuk masukkan air dan daun pandan. Masakkan air hingga terbit bau daun pandan dan buangkan daun pandannya.
2.Masukkan susu soya dan gula. Masak sehingga mendidih kemudian matikan api.
3.Masukkan 1 paket serbuk tao huay dan kacau rata. Kacau lagi dalam 5 minit. Buih-buih air tauhu di buang. Kemudian masukkan dalam acuan dan tunggu hingga sejuk baru dihidangkan.
4.Ingat semasa memasak, susu soya harus kacau terus agar tidak hangus.
Bahan2 & cara pun ada dlm gambr bg mudah org yag nak try...kalau tak paham leh la komen2, zie bantu....
Selamat menorai (try) :P
0 comments:
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.