Cream Puff



Recipe 53 ❤ Creeam Puff ❤

Basic recipe choux pastry :

1/2 cawan (65 gram) tepung gandum

1/2 sudu teh gula pasir putih

1/4 sudu teh garam

1/4 cawan (57 gram) mentega

1/2 cawan (120 ml) air

2 biji telur

[untuk disapu atas doh - 1 biji telur dikacau]

Panaskan oven kepada 210 darjah C dan letak oven rack ditengah2 ketuhar. Alaskan dulang pembakar dengan kertas kek atau Parchment Paper (saya beli di bakery), confirm taklekat.

Ayak tepung, gula dan garam di dalam mangkuk. Ketepikan.

Panaskan air dan mentega dalam periuk ederhana besar sehingga mendidih. Angkat dari api dan dengan segera masukkan campuran tepung. Cepat2 kacau dengan senduk kayu. Kembalikan ke atas api sederhana dan kacau sentiasa sehingga doh lekang dari sisi kuali dan membentuk bebola licin tebal (kira-kira 3-4 minit). Pindahkan doh ke alam mangkuk penadun, pukul menggunakan mixer electric dengan kelajuan rendah selama satu atau dua minit untuk melepaskan stim daripada doh dan menyejukkan doh sedikit. Setelah doh suam masukkan telur sebiji dan pukul perlahan sehingga sebati.Masukkan sebiji lagi telur. Pukul hingga doh menjadi pes yang melekit dan likat. Paipkan doh mengikut bentuk dan saiz yang diinginkan di atas dulang pembakar, jarakkan lebih kurang 1 1/2 inci. [boleh paipkan bulat unutk cream puff, ataupun lonjong unutk eclairs]
Pukul telur sebiji dan sapu di atas doh menggunakan berus pastri.

[tips:renjis sedikit air atas dulang dan doh sebelum masukkan dalam oven. Ini akan membentuk steam bila dibakar dan membantu doh naik]

Bakar selama 20 minit dan kemudian kurangkan suhu ketuhar kepada 180 darjah C. Bakar lagi lebih kurang 20 minit atau sehingga puff keperangan dan garing.

Sejukkan di suhu bilik dan kemudian bolehlah diisi dengan pastry cream/custard atau whipping cream (non dairy whipped topping)

atasnya boleh dusting dengan icing sugar atau celup dengan coklat [coklat dicairkan atas double boiler dan tambah sedikit shortening]

Resepi pastry cream:

11/4 cawan (300 ml) susu segar/susu uht
1 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1/4 cawan (50 gram) gula pasir putih
2 sudu besar (20 gram) tepung serba guna
2 sudu besar (20 gram) tepung jagung

Campurkan kuning telur, gula, tepung, tepung jagung bersama-sama dalam mangkuk, kacau sebati.

Sementara itu, dalam periuk panaskan susu dan vanila sehingga mendidih. Angkat dan tuangkan perlahan-lahan ke atas campuran telur, kacau dengan whick sentiasa hingga sebati. Kemudian tuangkan semula campuran telur ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sehingga mendidih, jangan berhenti memukul.Apabila ia mendidih, pukul campuran selama 30- 60 saat sehingga ia menjadi pekat dan kental. Angkat dari api,tapis dan pindahkan ke dalam mangkuk. tutup dengan clingwrap dan biarkan sejuk. Simpan dalam peti sejuk hingga sedia untuk digunakan.

***(sebelum paipkan pastry cream ke dalam cream puff, pukul sedikit pastry cream untuk buang ketul-ketulan.boleh buat lubang dibawah ceam puff atau belah cream puff unutk paipkan pastry cream)




Deliciousssssssssssssssss!







0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in