Doa ketika hendak dan bangun tidur

بسم الله الرحمن الرحيم


Astaghfirullah for yesterday, Alhamdullilah for today and Inshaa"Allah for tomorrow

Malam ini kita tidur...adakah pagi esok kita akan terjaga...??? mugkin kita akan terus tidur (mati) dan akan terjaga (bangkit) dan dialam lain...RENUNG2KAN...



Apabila kita bagun pagi bacalah doa "Alhamdulillahilazi Ba'dama amatana Wailaihinnusyur"
"segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami kepadaNya kami akan kembali."

Tidur umpama mati kecil. Hidup adalah seperti mimpi. Mati adalah tidur yang sebenarnya dialam kubur nanti
sebelum kita dibangkitkan buat selama-lamanya dan ketika itu baru kita tersedar dari mimpihidup didunia ini.
Bersyukurlah kerana Allah masih memberi kita satu lagi nyawa untuk hidup pada hari ini.

Kemudian ucapkan...
Laailaha illallahu Wahdahu Laa Syarikalah Lahul Mulku walahul Hamdu Yuhyi wahuwa 'ala kulli Syai'in Qadir.Subhanallah walhamdullilah Wa Lailaha illallah Wallahu akbar,

"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sektu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan dia menghidupkan dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu. Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar,

Kemudian ucapkanlah...
"Bismillahi tawakkaltu 'alallah Wa Laa Haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azhim, Rabbighfirli"
"Dengan Nama Allah kepadaNya aku bertawakkal, Tiada daya dan upaya melainkan dengan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku.

Apakah niat kita hari ini? Apakah fikir kita pagi ini? Adakah kita bagun dengan fikir agama ataupun kita bangun dengan fikir dunia semata-mata? Syukur Allah SWT masih memberi peluang untuk kita meneruskan hidup kita, Allah masih sayang kepada kita dengan memberi peluang kita memperbaiki iman dan amal kita semasa hidup didunia. Allah SWT juga masih lagi memberi peluang untuk kita bertaubat dari dosa dan pintu taubatNya sentiasa terbuka selagi nyawa dikandung badan.

Kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa pun melainkan adengan izin daripada Allah. Dia yang memberi taufik untuk kita beramal soleh. Dia yang memberi Hidayah agar kita mendapat petunjuk dijalan yang benar dan lurus. Kita hidup dan kita mati kerana Allah dan kepadaNya kita akan kembali.



0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in