Serawa Durian dan Roti



Bila musim dorian...baru anak2 nak masuk kebun dan balik kampung...
(Mr.Os yg kata) oh tidakkkk zie belom lupa diri masih ingat jalan ke duson durian,tapi kopek durian maaf tak pandai...(sebenarnya sayang kulit akak yg gebus nie..)hehee

Saya memang suka durian.Suka yang sangat sangat.Membesar pon di kampung penuh pokok durian.Orang pahang tak der dusun dorian malu lah wehhh....tapi sekarang sudah berubah.En.cayang orang selangor dusun dorian di pasar...tu yang anak2 tak sukan makan durian.awal perkahwinan kami pon dia tak kenal tempoyak...kesian laki den....akak buat sambal tempoyak punya lah suka sehingga menjilat 5 jari....

en.cayang : sayang pandai buat sambal mcm bonda (MIL)
          aku : senyum (dalam hati org buta pon boleh buat)
bagi dia susah sangat nak menghasilkan sambal tempoyak tu...sabar ajelah laki den nie...

nak ceta kuah durian sampai ke sambal aku ceta...orang pahang panggil Serawa Pulut Durian di makan dengan pulut ler.Bila akak dok di selangor ni jiran umah lama mejoriti org utara,
 dia orang makan dengan roti jala apa2 pon boleh...

 Mudah jer buat kuah ni, jom lah tengok resepi di bawah. 
Resepi 55 ❤Kuah Durian dan Roti❤

1 biji durian, keluarkan isinya (takkan nak masuk dgn kulit2 kot)
700 ml santan dari sebiji kelapa
1 biji telur (dibuang mata nya)
1 ketul gula melaka 
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan, disimpul
sedikit air

Bahan untuk serawa:
Kelapa parut,telur dan air diblander dan tapis.
Masukkan  ulas durian ke dalam periuk, tambah santan, gula dan garam juga sedikit air dan daun pandan. Kacau  sampai mendidih dengan api perlahan, jangan sampai pecah minyak. Jika rasa terlalu pekat, masukkan air. Sesuaikan rasa, bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan pulut,roti jala atau dengan roti.



Cara Mengukus Pulut
Pulut  saya masak seperti memasak  nasi, beras pulut dicampur air separas beras pulut dan masak hingga masak.jika terlebih rajin ini caranya


Ada pelbagai cara, ikut bagaimana pulut hendak dimakan.
Jika pulut dimakan dengan kuah durian,

1.Kukus kering beras pulut yang dibasuh dan ditos tanpa dimasukkan air,santan dan garam. Kukus hingga pulut masak.

2.Kukus kering seperti di no.1 dalam 20 minit. Angkat dan masukkan dalam mangkuk. Tuang air yang dicampur dengan garam atas pulut tadi dan dikacau rata. Lepas tu, kukus lagi selama 10 hingga 20 minit.

~Selamat Mencuba ~



0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in