cerita pasal masak2 ni kan, ramai yang cakap ai rajin...padahal sejujurnya daku ni tidak la rajin mana nak masak tapi suka masak! (mungkin jugak memang jenis suka tengok orang tersayang makan dan sendiri mahu ingat yang masak pon suka makan) hehe...sebab sekarang ni ai masih banyak masa yang terluang anak dah besar asyik request resepi yang mables ajer...bosan2 ai masuk dapur...gituuuu ~
ai bukan la reti sangat masak tapi usaha jugak sehabis baik... orang cakap pikat suami melalui perut dia kan? banyak resepi2 ai dapat daripada my mom (Bonda), kawan2, internet & kelas memasak...
Resepi 59❤ TIRAMISU MARIE LAYER ❤
BAHAN-BAHAN
250 g krim keju
150 g krimer sejat/susu sejat
150 g susu pekat manis
1/3 pek biskut marie kopi
1 gelas air nescafe/white coffee panas
Serbuk koko - taburan
Chocolate Rice - hiasan
PERALATAN:
Mesin penimbang
Mesin pengadun
Sudu
Bekas kecil
Pengayak
CARA PENYEDIAAN:
- Pukul krim keju sehingga kembang da lembut.Masukkan susu cair dan susu pekat dan putar sebati sehingga licin dan sebati.Sedia untuk digunakan.
- Celupkan biskut marie ke dalam air nescafe panas sehingga sederhana lembik.
- Sdiakan bekas kecil/acuan dan isikan satu lapisan marie kemudian lapisan keju dan selang selikan ia sehingga krim keju habis digunakan.
- Taburkan serbuk koko dan hiaskan dengan beras coklat.
- Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.
pasti sedap menjilat bekas!
hehhe
p/s: dah buat, jgn lupa kongsi! gtau la sedap ke x? hehehhee
mcm nak try lah...mesti sedap ni..
ReplyDeleteterima kasih...anak zie mmg suka..
DeleteNanti Lya pon nak cuba la ..tq rezipinya..
ReplyDeletesila lah cuba mmg sedap
DeleteSalam sis..resepi yang sedap...InsyAllah nak try lah sis..
ReplyDeletesilakan mardiah..resepi yg simple tak ada oven pon boleh menhasilka dessert
Delete