Roti Naik Pekan

NAMPAKNYA memang senang. Mana tidak, campur sahaja tepung air dan bahan penaik untuk menghasilkankan satu sumber makanan - roti.  Tetapi, untuk membuat roti yang betul-betul baik dalam erti kata sebenar "roti baru dibakar"atau apabila terhidu bau ragi itulah dia bau roti yang sedang mengembang, amat perlu kita mengetahui cara betul membuatnya.

Roti yang dibuat mengikut peraturan betul boleh dilihat daripada rupanya: kuning, gebu dan menyelerakan. Bahagian permukaan roti yang dikelar, mekar mengikut caranya, bukan di sebarangan tempat. Warna kulitnya daripada sawo matang hingga ke coklat bercorak karamel, menandakan rasanya enak - menarik, tidak muram dan lembut, tidak keras hingga boleh mematahkan gigi apabila dikunyah. Teksturnya tidak rapuh atau kering tetapi lembap dan lembut, enak dimakan. Bau wangi tepung bukan bau bahan penaik.

Resepi turun temurun...teringat Masa Kecil dulu Bonda uli doh sebelum tido...bangun pagi roti dah terhidang atas meja... huhu... nostalgia bila makan roti ni...bila balik ke kampung Pekan Pahang pasti tak akan lepas mesti mencari roti nie gerai2 jualan pagi...so selepas pusing tasik dengan En.cayang pagi ni dan jalan-jalan  sekitar taman kami, roti nie jadi sarapan kami ...alhamdulillah rezekimu Ya Allah....



Resepi 57 ❤Roti Naik Pekan❤

Bahan bahan:

500 gm tepung gandum
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
3/4 cawan gula
2 sudu kecil ibu roti (bancuh dengan 100 ml air suam)
2 sudu besar majerin
1 sudu kecil shortening
200 ml air (masukkan telur dan susu pekat manis dalam bekas, dikacau dan tuang air ke dalamnya sehingga cukup 200 ml)
1 sudu besar susu tepung

Cara cara:

Rendam yis dalam 100ml air suam dengan sedikit gula supaya ianya kembang berbuih. Biarkan sehingga berbuih.




Satukan bahan bahan kering iaitu tepung, gula dan susu tepung.

Masukkan bahan bahan cecair iaitu air bersama susu pekat manis dan telur.
Kemudian masukkan yis dan digaul rata.

Akhir sekali, masukkan marjerin dan shortening. Uli sebati sehingga lembut dan elastik. Saya guna kitchen mixer untuk menguli. Biarkan seketika sehingga kembang sekali ganda. Bila telah kembang, tumbuk untuk buang udara di dalamnya.





tunggu naik berganda-ganda 



 Barulah di bakar pada suhu 160C selama 40 - 45 minit.





Angkat dan lenser permukaannya dengan marjerin supaya ianya berkilat.

.



Nota: Jika suka,, boleh masukkan inti.



4 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in