Sembang Manja

Assalamualaikum,
Pembaca budiman sekalian,

SEKEJAP saja seminggu lebih di bulan Januari,2014.Bulan Januari nie banyak cuti.Cuti Maulidur Rasul, Hari Thaipusam dan Tahun Baru Cina.Selama seminggu di tahun baru nie nak tunjuk hidangan minum petang maszie.Biarpun ada di antara resipi yang dianggap biasa tetap MZ nak kongsi kat sini....Mungkin ramai yang sudah tahu membuatnya, tapi bagi yang baru ingin mencuba, silakan. Hidangan minum petang selalu tidak diambil berat oleh masyarakat kita jika dibandingkan sarapan pagi. Pendek kata kalau ada tetamu baru lah dihidangkan minum petang. Bagi saya hidangan minum petang juga penting. Paling tidak sekeping roti dengan air panas.


Banyak jenis hidangan minum petang yang boleh kita hidangkan. Orang kata paling koman, lempeng dan cucur bawang. Itupun dah sedap. Kalau nak pelik-pelik sikit, banyak resepi yang boleh di tanya cik google.


Hidangan minum petang sebenarnya boleh disediakan awal sehari, antaranya seperti karipap, keria, kuih talam, pai, kastad, puding dan lain-lain lagi. Tinggal lagi larat atau tidak saja kita nak membuatnya.Selalunya kita terfikir lebih senang beli daripada membuat... ia menjadi kebiasaan. Pada hal kat dapur tu tepung dah naik berkutu dek kerana tak disentuh ataupun terlupa nak menggunakannya. Maklumlah selama ini hidangan petang asyik dibeli saja. Tepung tu kalau nak ikutkan bukanya mahal sangat harganya sekilo walaupun harga barang naik sekarang nie.Sekilo tepung tu boleh dapat banyak cucur bawang. Kalau dihadapkan anak beranak kenyang jugalah.


Sebenarnya kalau kita lepas bangun tidur petang, itulah masa yang paling sesuai untuk menikmati hidangan minum petang. Dulu saya suka juga cari kuih-muih di petang hari. Dah jadi kebiasaan Bonda saya memang rajin kedapur... tu yang menurun kat saya rajin kedapur (jangan muntah..) Selagi tak makan kuih di petang hari rasa tak lengkap. Alah, kita kalau yang bekerja tu bukannya dapat minum petang di rumah setiap hari, jadi apa salahnya kalau hujung minggu tu kita buat kuih sendiri.


Bercerita  minum petang, teringat pula ubi goreng.Ubi kayu goreng dengan rempah kari dan dibubuh sikit garam, selain ubi rebus cicah sambal tumis bilis...aduh sedapnya.Zaman kecil-kecil dulu itulah antara hidangan minum petang yang biasa dibuat oleh bonda saya. Minum lak dengan air kopi tapi saya teh O ajer ...Bagi sesiapa yang biasa duduk di kampung dah biasa dihidangkan minum petang. Maklumlah orang kampung ubi tanam di belakang rumah orang sekarang oder Pizza Hut,KFC atau MD ajer ...


Satu lagi hidangan minum petang yang betul-betul  saya rindukan ialah bubur ubi kayu dan juga cucur kelapa. Sedap sungguh! Cucur kelapa, tepung gandum dicampurkan sedikit gula pasir dan kelapa muda parut, dan dijemputkan dalam minyak. Senangkan? Terliur tak? Jangan fikir-fikir lagi dan buatlah untuk hidangan minum petang anda seisi keluarga minggu ini.Ini menu minum petang akak selama seminggu di tahun baru...semangat tahun baru...hehee :)



                                  Kueh Wadey
                                                                                 



ROTI JALA

TIRAMISU MARIE LAYER nak resepi tungguuu.....



kueh kaswi


Kek Pisang

*** Pic Kek span kukus dan cempedak goreng dalam pc window 8 semalam mogok semua pic hilang...sedih




0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in