Donut yg Gebu

Assalamualaikum

Dan selamat pagi semua..


Cerita hari khamis, jln2 ke blog kawan2 terjumpa blog dapurkakyah buat donut kentang terus terliur.Lepas aje masak aku terus bancuh donut...ifan balik dari sekolah senyum lebar ibu buat kueh kesukaannya...adik irfan ni segala kueh dia suka.Dia nie turun perangai abahnya suka makan kueh...

Aku buat 1/2 bancuhan ajer yelah kami berempat aje pon yang nak makan...angah balik sekolah pukul 5ptg..masih panas2 lagi sedapppp irfan kata...so tinggal 4 ball ajer untuk angah...sabor ajerlah.Nampak gayanya hujung minggu nie kita buat lagi, along ada balik... 



Resepi 61❤ Donut Bonda Resepi ❤

Bahan-bahan :

500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum/tepung donut
1 peket yis segera-11gram
50g marjerin/mentega
1 sudu besar (penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung
1 biji Telur
1/2 sudu kecil garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)

Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.

Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).

Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.

Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih). Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll, boleh la dibahagi 

Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.

Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.

Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mengembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur)

Goreng sehingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan bersama gula kaster atau topping kegemaran anda.


Jom apa tunggu lagi kita salin resepi dulu... ha... salin lah salin jangan tak salin ... 

9 comments:

  1. sedappnyeee, belom mkn lg ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pon..ari ni xmsk nasi...masak LASAGNA fullok...selera anak2....

      Delete
  2. fae x pandai buat donut huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. fae belasah aje ikut resepi akak nie...sng pasti menjadi...

      Delete
  3. sedapnya :) Terliur pulak :)

    harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq singgah sini...In shaa allah auntie kunjung balas :)

      Delete
    2. harap awak pon singgah la blog akak ..

      Delete
  4. donut tu kalau salut coklat pun best kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah salut coklat lagi mjilat sampai ke siku...hahaa

      Delete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in