Bicara Kek ~Wendy Kor

                                            Assalamulaikum semua.


semoga bermanfaat. dan selamat kite bakor!

 Ini, adalah cover buku resipi Kek  saya yang berjudul Bicara Kek. Sesiapa berminat, boleh buat tempahan kek ye bukan buku....hehee baru beli buku dah nak ambil tempahan...biar betoi...mcm tak percaya jer...saya budak baru belajar :D

Jumaat selepas ambil along kat hostel aku menyinggah ke BS Bakery Shop ,tujuan nak beli bahan2 kek untuk besday along hari Khamis lepas.Terrrnampak "Bicara Kek" selak beberapa halaman macam menarik ajer .Rasanya belum dibeli apa-apa buku lagi sejak awal tahun yang lalu.Last beli buku resepi kat Cambodia.


Nanti lah senang2 aku nak buat entry Koleksi buku resepi yang aku ada.Lepas nie jangan panjat gegirl tau! Meroyan lebih nampak baru dapat buku resipi...tak menyabar nak buat kesemua 50 jenis kek dalam buku nie...

bertambah boboyot ler en.cayang ...jangan marah i luv bee u...

Sinopsis:

Aroma kek yang baru siap dimasak dan pastri ala barat yang begitu menggoda akan menyebabkan sesiapa pun terliur. Bukan hanya kerana keharuman kek tetapi juga kerana kelembutan dan hiasan warna yang menawan hasil daripada bahan-bahan masakan biasa seperti tepung,telur, mentega dan sebagainya. Ia pasti memikat sesiapa sahaja ke dalam dunia fantasi dan pastri.


Buku resipi ini mengandungi 50 jenis kek dan pastri yang disediakan oleh Wend Kor berdasarkan pengalaman beliau mengajar, menyelidik dan daripada bakat kreativitinya yang mengagumkan. Buku resepi ini akan membawa anda ke dalam dunia membuat kek dan pasatri dan membantu anda memasak kek enak buatan anda sendiri.


Setelah berjaya membuat kek, seseorang itu akan merasa bangga dengan kejayaannya. Dia akan merasa puas dan gembira kerana dapat membuat dan mereka kek dengan tangannya sendiri. 5o resipi di dalam buku ini akan mengembangkan imaginasi dan kreativiti anda.


1 comments:

  1. Wahh.. hujung minggu ni melayan buat kek... syok juga tu.. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in